Jumaat, 7 Jun 2019

Al Imam Abu Hassan Al Asyaari Dan Kitabnya Al Ibanah



(penulisan ini adalah hasil syarahan Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir dalam pengajian bersama dengan beliau)

Al  Imam Abu Ali Aj Juba’e Al Muktazili, merupakan bapa tiri dan Imam kepada madrasah aqidah Asyairah(Al Imam Abu Hassan Al Asyaari) juga mengambil  faedah daripada beliau selama hampir 40 tahun dalam aqidah muktazilah,dan kemudian Al Imam Al Asyaari berpindah dari mazhab muktazilah kepada mazhab Kullab(mazhab ahli sunnah),dan salah bagi yang mengatakan bahawa dipenghujung hidup, Al Imam Assyaari berpindah kepada mazhab salafi yang mentajsimkan Allah dengan berdalilkan kitab Ibanah yang dikarang oleh  Al Imam Abu Hassan Al Asyaari.

Dan kata para ulama,kalaulah kita baca dengan teliti kitab Ibanah yang dicetak sekarang ini,memang kita akan  jumpa banyak masalah dan kekeliruan dalam kitab tersebut seperti mengatakan Allah ada dua yad yang layak bagi Allah.Dan sebenarnya kata ulama,sandaran kitab ibanah sekarang yang disandarkan kepada Al Imam Abu Hassan Al Asyaari adalah Madsus(banyak  berlaku penukaran dan penyelewengan dalam kitab tersebut yang dibuat oleh puak-puak mujassimah@bahasa mudahnya wahabbi untuk merosakkan ahli sunnah wal jamaah).

Oleh sebab itulah ibanah tidak dijadikan kitab pengajian,tetapi sekarang ini kelompok wahabi membaca kitab ini,kerana mereka nak menunjukkan bahawa Al Imam Abu Hassan Al Asyaari berada pada kelompok mereka.Dan mereka menyuruh kita mengikut kitab ibanah yang telah ditahrif oleh mereka.

Maka Ulama menjawab,kalaulah kita nak tengok antara kalam asli dari kitab ibanah,bukalah kitab tabyyin kizb muftari karangan Al Imam Ibnu Asakir,didalam kitab tersebut Al Imam Ibnu Asakir ada menukil kalam dari kitab ibanah yang mana kalam tersebut bertentang dengan ibanah yang ada sekarang.

Sebab itulah system penaqalan dari kitab sangatlah penting dan itu bukanlah tahsil hasil yang bathil,kerana penaqalan dari kitab ini dapat menunjukkan kepada kita apa yang disebut oleh ulama tersebut dari kitabnya yang telah hilang dan mafqud.

Dan antara nukilah dari kitab ibanah yang asal ada dalam kitab Imam Ibnu Asakir yang berjudul Tabyyin kizbi muftari dan tarikh ibnu asakir.Dan ada satu lagi nukilan dalam kitab seorang Dukturah di Azhar(Dr Fatimah) tetapi masih ada qil wa qal dalam kitab tersebut dan tidak daqiq lagi tetapi kitab  ini lebih baik daripada cetakan yang ada sekarang ini yang selain daripada tahqiq Dr Fatimah.

Oleh sebab itulah kitab ibanah bukanlah kitab umdah  dalam pengajian tauhid ahli sunnah,sebab itu kalau pengajian dalam bidang aqidah diajarkan jauharah,kharidah bahiyyah,aqidatul awwam,kitab-kitab Imam As Sanusi kerana kitab-kitab ini adalah tanqih kembali(diceduk) daripada apa  yang dibawa oleh jumhur ulama Ahli Sunnah,dan sejarah ini sangat penting untuk dititik beratkan oleh penuntut ilmu.

Dan maksud sebenar Al Imam Abu Hassan Al Asyaari kembali kepada Salaf adalah beliau kembali kepada aqidah nabi,aqidah para sahabat,dan Al Imam Abu Hassan Al Asyaari bukanlah yang mula mereka cipta aqidah ini,tetapi beliau adalah penerus daripada ajaran nabi dan para sahabat nabi.
Dan Ibnu Kullab adalah pembesar ahli sunnah di zamannya dan sangat  agong dalam ilmu aqidah,dan teruknya puak wahabi ini mereka nak ubah sejarah dan madar isnad,kerana semua sanad dalam dunia ini tidak akan dilalui melainkan mesti ada sufi/wali yang beraqidah Asyairah maturidiah.

Dan Al Muhadith Syeikh Usamah menyebut bahawa beberapa tahun yang lalu telah diubah dan diselewang 10 sanad dalam 10 hadis kepada nama ulama-ulama mereka(puak wahabi),sebab itu sekarang puak-puak ini sangat suka dengan majlis sama’ hadith kerana mereka nak jadikan madar sanad pada masa akan datang adalah melalui mereka dan bukan dari ulama ahli sunnah,dan perkara itu tidak akan terjadi kerana kata baginda rasulullah,”umatku tidak akan berkumpul dalam kesesatan”


Al Fager Muhammad Ridhwan Bin Mohd Fauzi
Beit At Tayyib Hayyu Sabik Kota Kaherah Mesir
7/6/2019  1.20 ptg