(penulisan ini adalah hasil syarahan Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir dalam pengajian bersama dengan beliau)
Al Imam Abu Ali
Aj Juba’e Al Muktazili, merupakan bapa tiri dan Imam kepada madrasah aqidah
Asyairah(Al Imam Abu Hassan Al Asyaari) juga mengambil faedah daripada beliau selama hampir 40 tahun
dalam aqidah muktazilah,dan kemudian Al Imam Al Asyaari berpindah dari mazhab
muktazilah kepada mazhab Kullab(mazhab ahli sunnah),dan salah bagi yang
mengatakan bahawa dipenghujung hidup, Al Imam Assyaari berpindah kepada mazhab
salafi yang mentajsimkan Allah dengan berdalilkan kitab Ibanah yang dikarang
oleh Al Imam Abu Hassan Al Asyaari.
Dan kata para ulama,kalaulah kita baca dengan teliti
kitab Ibanah yang dicetak sekarang ini,memang kita akan jumpa banyak masalah dan kekeliruan dalam
kitab tersebut seperti mengatakan Allah ada dua yad yang layak bagi
Allah.Dan sebenarnya kata ulama,sandaran kitab ibanah sekarang yang disandarkan
kepada Al Imam Abu Hassan Al Asyaari adalah Madsus(banyak berlaku penukaran dan penyelewengan dalam
kitab tersebut yang dibuat oleh puak-puak mujassimah@bahasa mudahnya wahabbi
untuk merosakkan ahli sunnah wal jamaah).
Oleh sebab itulah ibanah tidak dijadikan kitab
pengajian,tetapi sekarang ini kelompok wahabi membaca kitab ini,kerana mereka
nak menunjukkan bahawa Al Imam Abu Hassan Al Asyaari berada pada kelompok
mereka.Dan mereka menyuruh kita mengikut kitab ibanah yang telah ditahrif oleh
mereka.
Maka Ulama menjawab,kalaulah kita nak tengok antara kalam
asli dari kitab ibanah,bukalah kitab tabyyin kizb muftari karangan Al Imam Ibnu
Asakir,didalam kitab tersebut Al Imam Ibnu Asakir ada menukil kalam dari kitab
ibanah yang mana kalam tersebut bertentang dengan ibanah yang ada sekarang.
Sebab itulah system penaqalan dari kitab sangatlah
penting dan itu bukanlah tahsil hasil yang bathil,kerana penaqalan dari kitab
ini dapat menunjukkan kepada kita apa yang disebut oleh ulama tersebut dari
kitabnya yang telah hilang dan mafqud.
Dan antara nukilah dari kitab ibanah yang asal ada
dalam kitab Imam Ibnu Asakir yang berjudul Tabyyin kizbi muftari dan tarikh
ibnu asakir.Dan ada satu lagi nukilan dalam kitab seorang Dukturah di Azhar(Dr
Fatimah) tetapi masih ada qil wa qal dalam kitab tersebut dan tidak daqiq lagi
tetapi kitab ini lebih baik daripada
cetakan yang ada sekarang ini yang selain daripada tahqiq Dr Fatimah.
Oleh sebab itulah kitab ibanah bukanlah kitab
umdah dalam pengajian tauhid ahli
sunnah,sebab itu kalau pengajian dalam bidang aqidah diajarkan
jauharah,kharidah bahiyyah,aqidatul awwam,kitab-kitab Imam As Sanusi kerana
kitab-kitab ini adalah tanqih kembali(diceduk) daripada apa yang dibawa oleh jumhur ulama Ahli Sunnah,dan
sejarah ini sangat penting untuk dititik beratkan oleh penuntut ilmu.
Dan maksud sebenar Al Imam Abu Hassan Al Asyaari
kembali kepada Salaf adalah beliau kembali kepada aqidah nabi,aqidah para sahabat,dan
Al Imam Abu Hassan Al Asyaari bukanlah yang mula mereka cipta aqidah ini,tetapi
beliau adalah penerus daripada ajaran nabi dan para sahabat nabi.
Dan Ibnu Kullab adalah pembesar ahli sunnah di zamannya
dan sangat agong dalam ilmu aqidah,dan
teruknya puak wahabi ini mereka nak ubah sejarah dan madar isnad,kerana semua
sanad dalam dunia ini tidak akan dilalui melainkan mesti ada sufi/wali yang
beraqidah Asyairah maturidiah.
Dan Al Muhadith Syeikh Usamah menyebut bahawa beberapa
tahun yang lalu telah diubah dan diselewang 10 sanad dalam 10 hadis kepada nama
ulama-ulama mereka(puak wahabi),sebab itu sekarang puak-puak ini sangat suka
dengan majlis sama’ hadith kerana mereka nak jadikan madar sanad pada masa akan
datang adalah melalui mereka dan bukan dari ulama ahli sunnah,dan perkara itu
tidak akan terjadi kerana kata baginda rasulullah,”umatku tidak akan berkumpul
dalam kesesatan”
Al Fager Muhammad Ridhwan Bin Mohd Fauzi
Beit At Tayyib Hayyu Sabik Kota Kaherah Mesir
7/6/2019 1.20 ptg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan