Ahad, 2 September 2018

Jumaat, 24 Ogos 2018

لسان الحال

Inilah hakikatnya secara tidak sedar perkara tersebut telah menular dalam diri kita semua. Sang guru bisu makin hari ditelan zaman dianggap umpama dinding yang tidak bercat. Hiburan untuk kebahagiaan yang seketika dianggap umpama syurga yang tiada penghujung. (Teguran khas buat diri alfaqir sendiri)








                                             جدوال المحاضرات الحرة بالجامع الأزهر الشريف
 



SEJARAH PENUBUHAN RUWAQ JAWI
Kalimah ‘Ruwaq’ adalah nama khusus yang digunakan oleh Masjid al-Azhar al-Syarif yang membawa maksud tempat tinggal para pelajar al-Azhar di dalam masjid al-Azhar mengikut negara masing-masing satu ketika dahulu.
Antara ruwaq yang ada di dalam masjid al-Azhar adalah Ruwaq Magharibah untuk para pelajar dari Maghribi, Ruwaq Atrak untuk para pelajar dari Turki, Ruwaq Zaila’i untuk para pelajar dari Afrika dan Ruwaq Jawi untuk para pelajar dari Nusantara. Namun pada hari ini ruwaq-ruwaq tersebut sudah tidak lagi menjadi tempat tinggal pelajar sekalipun sebahagian ruwaq berfungsi sebagai kelas penyampaian ilmu.
Sumber dari al-Azhar menyatakan bahawa Ruwaq Jawi (turut juga disebut: Ruwaq Jawah dan Ruwaq Jawa) terletak di antara Ruwaq Syawam dan Ruwaq Sulaimaniyyah. Ruwaq Jawi adalah satu bilik kecil yang didiami oleh para pelajar al-Azhar dari Nusantara. Para penghuninya akan menerima 11 keping roti setiap hari. Kenyataan ini menunjukkan bahawa penghuni Ruwaq Jawi dalam satu masa adalah berjumlah sekitar 11 orang. (Lihat: http://alazharmemory.eg/topics/topicsDetails.aspx?id=542).
Selain itu, Ruwaq Jawi juga berperanan dalam menyimpan khazanah ilmu buat al-Azhar al-Syarif. Jumlah manuskrip yang berada di dalam Ruwaq Jawi satu ketika dahulu berjumlah sebanyak 64 jilid buku. (Lihat: http://www.alukah.net/library/0/39511/)
Menurut satu kajian, Ruwaq Jawi telah wujud sebelum kedatangan Kiyai Haji Abdul Manan Dipomenggolo yang tiba di al-Azhar pada tahun 1860-an bahkan menurut beberapa sumber, Ruwaq Jawi sudah wujud di dalam Masjid al-Azhar al-Syarif pada tahun 1815 Masihi. (Lihat http://www.academia.edu/…/DARI_ACEH_SAMPAI_MESIR_SEKILAS_TE…pada halaman 4 dan https://pwkpersis.wordpress.com/…/10/sejarah-al-azhar-bag-i/)
Antara para ulamak Nusantara yang dikenalpasti pernah tinggal di dalam Ruwaq Jawi adalah:
• Kiyai Abdul Manan Dipomenggolo dari tanah Jawa (berada di Mesir sekitar tahun 1850 Masihi) yang merupakan murid kepada Syeikh Ibrahim al-Bajuri. Kiyai Abdul Manan adalah datuk kepada Kiyai Mahfuz Termas yang merupakan pengarang kitab Hasyiah al-Tarmasi Ala Minhaj al-Qawim. (Lihat: http://majalah.hidayatullah.com/…/kajian-kitab-ulama-nusan…/)
• Syeikh Wan Ahmad al-Fatoni (tiba di Mesir pada tahun 1872).
• Syeikh Ismail bin Abdul Muttolib dari Acheh yang pernah menjadi Syeikh Ruwaq Jawi. Beliau adalah murid kepada Syeikh Wan Ahmad al-Fatoni, Sumber dari al-Azhar menyatakan bahawa antara Syeikh Ruwaq Jawi yang terkenal adalah Syeikh Ismail Muhammad al-Jawi. Berkemungkinan beliau yang dimaksudkan adalah Syeikh Ismail bin Abdul Muttolib. (Lihat: http://alazharmemory.eg/topics/topicsDetails.aspx?id=542)
• Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Kudus (lahir 1863 dan wafat 1915) dari Kudus, Jawa Tengah yang merupakan murid kepada Syeikh Wan Ahmad al-Fatoni. Berkemungkinan besar beliau juga pernah tinggal di Ruwaq Jawi kerana beliau adalah di antara angkatan ulama Nusantara yang telah berangkat ke Mesir dari Makkah setelah Mesir didatangi oleh Syeikh Wan Ahmad al-Fatoni. (Lihat http://bahrusshofa.blogspot.com/…/syaikh-abdul-hamid-kudus.…)
Kesedaran menubuhkan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi adalah disebabkan Ruwaq Jawi sebenar yang berada di dalam Masjid al-Azhar al-Syarif sudah tidak lagi berfungsi sebagai tempat tinggal pelajar Nusantara dan tidak pula dijadikan tempat penyampaian ilmu pada hari ini.
Atas kesedaran bahawa Ruwaq Jawi mampu mewujudkan suasana ilmiah dan melahirkan generasi yang cinta ilmu, lapan orang para pelajar al-Azhar al-Syarif dari Malaysia iaitu Ustaz Mohd Nazrul bin Abdul Nasir, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain, Ustaz Abu Bakar bin Razak, Ustaz Khairul Abdan bin Baharuddin, Ustaz Mohammad Yaakub Yusro bin Yusuf, Ustaz Ammar bin Mustaffa, Ustaz Mohammad Faiz Zuhdi bin Azahar dan Ustaz Anas bin Mansor telah bermesyuarat kali pertama di Hayyu Sabik, Kaherah pada Jumaat 12 Rejab 1436 bersamaan 1 Mei 2015 untuk membincangkan penubuhan satu pusat pengajian yang akhirnya dinamakan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi di bawah kelolaan Syeikh Ruwaq yang pertama Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir.
Pusat Pengajian Ruwaq Jawi seterusnya telah dirasmikan oleh Y.M T.Y.T Dato Ku Jaafar bin Ku Shaari Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir Dan Palestin pada 5 Syawal 1436 bersamaan 21 Julai 2015 sekaligus menjadikan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
Pusat Pengajian Ruwaq Jawi menekankan majlis pembacaan kitab-kitab bersama para ulamak khususnya dari al-Azhar al-Syarif yang turut mempelajari kitab-kitab tersebut daripada para guru mereka dengan silsilah sanad yang bersambung sampai kepada pengarang kitab.
Sehingga ke saat ini, Pusat Pengajian Ruwaq Jawi telah mengadakan:
1) pembacaan kitab al-Jawahir al-Lu’luiyyah Syarah kepada al-Arbaun al-Nawawiyyah oleh Syeikh Ruwaq Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir,
2) majlis pembacaan Risalah al-Azkiya Fi Bayan Akhir Waqt al-Isha karangan Syeikh Ruwaq Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir pada 15 Syaaban 1436 bersamaan 2 Jun 2015.
3) majlis periwayatan hadith-hadith Musalsal pada 1 Syawal 1436 bersamaan 17 Julai 2015 melalui jalan sanad Syeikh Ahmad Mamduh al-Azhari,
4) majlis pembacaan kitab al-Arba’un al-Nawawiyyah pada 5 Syawal 1436 bersamaan 21 Julai 2015 juga melalui jalan sanad Syeikh Ahmad Mamduh al-Azhari
5) pembacaan kitab al-Taqrirat al-Saniyyah oleh Syeikh Ruwaq Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir sebanyak lima kali majlis bermula pada 9 Syawal 1436 bersamaan 25 Julai 2015
6) dan pembacaan kitab al-Tuhfah al-Saniyyah yang dibaca di hadapan Syeikh Ali bin Soleh bin Ali al-Azhari yang merupakan murid langsung kepada Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid pengarang kitab al-Tuhfat al-Saniyyah sebanyak 4 kali majlis bermula pada 18 Syawal 1436 bersamaan 3 Ogos 2015.
Semoga Allah memberkati sebarang usaha untuk memajukan lagi perjalanan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi di bumi al-Azhar al-Syarif.

Sumber:https://www.facebook.com/PusatPengajianRuwaqJawi/posts/sejarah-penubuhan-ruwaq-jawi-kalimah-ruwaq-adalah-nama-khusus-yang-digunakan-ole/1619021528347378/

Khamis, 23 Ogos 2018

LAMAN ILMU TAUHID



Laman Ilmu Tauhid

قال العلماء:وأفضل العلوم على الاطلاق#علم به معرفة خالق

Pada zaman yang penuh dengan fitan ini, ummat akhir zaman makin leka dan lalai terhadap perkara2 fardhu dalam agama. Yang menjadi perbalahan hanyalah masalah2  furuk yang menatijahkan perpecahan kepada ummat. Yang menyedihkan lagi, perkara usul dalam agama masih tidak difahami dengan baik.Ulama yang haq dan beramal dengan ilmu diketepikan manakala pemidato yang lancang menyasatkan masyarakat diangkat dan dijulangi.

Ilmu yang agong ini Makin hari ditelan zaman, ianya dianggap bosan dan makin ditinggal oleh masyarakat. Ulama2 yang ahli di dalamnya makin hari makin kembali kepada penciptanya.Ketiadaan kefahaman ilmu ini di dalam dada mayarakat ummat khususnya di negara kita yang harmoni ini menatijahkan perkara yang pelik-pelik .

Kata ahli hikmah,اذا فهم السبب ورفع العجب yang bermaksud (Apabila sebab sesuatu yang terjadi difahami maka hilanglah takjub kepada perkara tersebut).Secara tuntasnya punca utama ummat pada hari ini terdedah kepada fahaman yang pelik-pelik seperti syiah,wahabi,liberal,transjander dan lain-lain lagi adalah kerana tiada asas yang kuat di dalam fahaman aqidah dan tidak mengikuti salaf terdahulu dalam menuntut ilmu.

Ilmu akidah ataupun ilmu tauhid namannya banyak,kata ulama كثرة الأسماء تدل على شرف المسمى(Banyaknya nama menunjukkan mulianya tuan nama tersebut).Nama lain bagi ilmu tauhid ialah ilmu akidah,ilmu kalam,fiqhul akbar,ilmu makrifatullah,ilmu sifat 20,ilmu usuluddin,ilmu aqaid iman,ilmu sifat dan banyak lagi

Tujuan utama dipelajari ilmu tauhid adalah untuk terlepas daripada ikatan taqlid,orang yang terikat dengan ikatan taqlid digelar muqallid.Ulama berbeza pendapat dalam bab ini antaranya pendapat Imam Al Fudhali di dalam kitab beliau
تحقيق المقام شرح كفاية العوام menyatakan bahawa muqallid ini iman di dunia tetapi kufur di akhirat.Maksudnya di dunia dia masih dinisbahkan sebagai seorang islam(boleh beri harta faraidh,boleh nikah kahwin,boleh tanam di perkuburan orang islam) tetapi di akhirat nanti dia akan di seksa kerana tidak beriman secara yaqin dan jazam.Muqalid adalah orang yang beraqidah ikut ikutan ataupun kata guru saya Al Fadhil Ustaz Helmi As Syafie muqallid itu imannya copy-paste seperti dia islam kerana ibunya islam.

Perkara ini sangat berbahaya jika ibunya murtad maka boleh jadi dia akan mengikuti jejak ibunya dan juga ikutanyaa.Untuk keluar daripada ikatan ini adalah dengan mempelajari ilmu aqidah mengikut syarahan dan bimbingan daripada ahlinya yakni para ulama Al Asyairah wal maturidiah.Kata ulama,untuk keluar daripada ikatan ini sekurang-kurangya hanya perlu memahami dalil ijmal sahaja sudah memadai(seperti memahami adanya alam maka mesti adanya pencipta(ALLAH).

Maka tiada lagi seribu alasan untuk kita elakkan diri kita daripada mempelajari perkara fardhu ini.Ilmu ini juga tidak dapat tidak mesti dibimbingi daripada para guru dan dipelajar dari sekecil-kecil kitab hingga sebesar-besar kitab(bagi yang ingin takhasus di dalamnya),jikalau untuk orang awwam memadai mempelajari kitab yang kecil kandungannya tetapi manfatnya sangatlah besar.Kata ulama kitab yang kecil adalah kunci untuk memahami kitab-kitab yang lebih besar(tebal).Para ulama membahagikan kitab kepada dua(secara umum dalam bidang ilmu apapon)

1-Kitab At Taalim-Kitab yang dipelajari dari huruf ke huruf daripada para guru
kitab ini dibahagikan kepada tiga bahagian
a)Mubtadi-permulaan
b)mutawassit-pertengahan
c)muntahi-kematangan

2-Kitab Al Mutalaah-kitab2 besar yang hanya dibuat rujukan pada bahagian2 tertentu untuk mendapat perincian.

Maka tanpa memanjangkan kalam lagi,alfaqir akan memulakan kitab yang pertama dalam marhalah almubtadiin yaitu kitab Ummu Al Barahin ataupun namanya Sughra sughra sughra karangan Al Imam As Sunusi
 
Antara ulama yang agong dalam ilmu kalam ialah Al Imam Muhammad Bin Yusuf As Sanusi(satu qabilah dari maghribi)

Jumaat, 10 Ogos 2018

Muqaddimat Blogggg

السلام عليكم ورحمة الله،
الحمد لله والصلاة على سيدنا ومولانا رسول لله وآله وصحبه ومن والاه.

Pertama sekali dan selama-lamanya marilah sama2 kita memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH yang masih memberikan peluang kepada kita di dalam jutaan hambanya untuk menanggung amanah ilmu yang sangat agong ini.

قال الله عزّوجل:وقل ربّ زدنى علما...آخر الاية

وقال صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم:إيّاك والطمع فإنه فقر حاضر

Sesungguhnya tiada lagi nikmat yang sangat besar selain diberikan peluang untuk bergelumang di dunia ilmu.Bahkan pada zaman ini, ummat ketandusan dan kehausan Alim amil yang mengikuti toriq serta pendekatan para ulama terdahulu.
Oleh itu sepatutnya kita perlu bersyukur kerana Allah memilih kita berada di jalan ini.

Didalam kitab قيمة الزمن عند العلماء(Nilai waktu disisi para Ulama) karangan Al Imam Al Allamah As Syeikh Abdul Fattah Abu Guhddah beliau ada menyebut: Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah taala kepada kita semua adalah sangat banyak dan tidak terkira.

Dan nikmat itu terbahagi kepada dua,

                                                      أصول النعم(1
                                                       فروع النعم(2

Antara nikmat usul yang pertama ialah Al Iman.Seterusnya nikmat kesihatan dan keafiatan serta nikmat ILMU. Semoga kita dapat memelihara nikmat agong yang Allah kurniakan ini kepada kita.

Terpapar sudah jam 2:43 pagi tetapi waktu ini sudah biasa bagi kami untuk berjaga.mungkin kerna tidur selepas asar tadi.... Haha(lawak saja na).....

Tujuan al faqir menulis pada waktu gelap gelita ini walaupon kepala agak pening sedikit adalah kerana tidak dapat tidur dan terfikir untuk menulis sebahagian fawaid yang berjaya dikutip sepanjang berada di bumi mesir secara amnya.

Hakikatnya hamba ini bukanlah seorang yang mahir serta minat dalam menulis tetapi semoga dengan penulisan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Pesan guru hamba, "terkadang ilmu itu ulama tidak meletakakn di dalam kitab, tetapi hanya dipindahkan melalui lisan mereka dari generasi ke generasi"...

Terlebih dahulu alfaqir ingin memohon maaf jika terdapat cacat dan cela dalam penulisan alfaqir ini dan yang akan datang.

InshaAllah, untuk awal2 ini, Alfaqir akan membahagikan penulisan ini dalam beberapa bahagian.
Antaranya laman dalam ilmu2 syarak serta ulumul alah seperti: 1)Laman Usuluddin, laman fiqih, laman tazkiyah, laman nahu, laman sorof, laman mantiq, laman mustolah dan sebagainya.

Seterusnya alfaqir akan menulis mutiara2 berharga yang diperolehi seperti dalam laman "SEMBANG SYAIII","وقال الإمام" dan sebagainya. Semua ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai niat yang utama iaitu menegakkan كلمة الله تعالى.

Semoga penulisan2 yang akan datang memberikan fawaid2 yang sangat berharga kepada kita semua. Sekali lagi alfaqir ingin memohon seribu kemaafan andai terdapat kekurangan dan kelalaian alfaqir ketika menulis di blog ini. Alfaqir hanya menjadikan penulisan ringan dan santai sahaja disini. Alfqir juga tidak tahu bila akan mula menulis dan mungkin akan lambat lagi untuk menulis(tunggu sampai rajin nak tulis)hhaaha.

Hal ini kerana jadual disini sangat padat terutamanya untuk tidur :) dan mungkin hanya dapat menulis di tengah malam jika sempat.

Moga2 usaha ini antara sebahagian cara untuk mengikuti jalan para imam2 terdahulu yang bukan sahaja memenuhi hidup mereka dengan berlaqqi, menghafal, mengajar. Malah mereka juga menulis. Cuma bezanya mereka dahulu menulis di lembaran kertas :).

- Minta maaf sekali lagi jika penulisan kurang menarik kerana alfaqir baru berjinak2 untuk menulis. Sila beri teguran jika terdapat kesalahan disini.

- قال الحكماء:الحّر يكفي الاشارة والعبد يقرع بالعصا...

Apa pon,nantikan kemunculannya.

الفقير إلى عفو ربه الغني
محمد رضوان بن محمد فوزي
خويدم طلبة العلم الشريف في الجامع والجامعة الأزهر الشريف
مدينة نصر، قاهرة  
                                                            2:55Am

وقال الإمام

قال العلماء-إذا سمعتم ففتش وإذا حدثتم فخمش
قال الإمام أحمد زروق الفاسي:
الآلة العلم أربع-شيخ فتّاح
                   عقل رجاح
                   كتب صحاح
                   مداومة والإلحاح

Selasa, 3 Julai 2018

Xtahu bila nak start update blog

Pagi tadi selepas solat subuh kira-kira jam 4pagi waktu mesir, aku sempat membuka Kitab وسائل الوصول إلى شمائل الرسول karangan seorang alim besar dalam bidang hadis الشيخ العالم العلامة المحدث يوسف بن اسماعيل النبهاني yang wafat di Beirut Lubnan, alhamdulillah akhirnya Allah taala telah memberiku peluang untuk mempelajari kitab ini حرف بحرف dari awal kitab hingga akhir kitab di bawah bimbingan guru kami yang Mulia Al Fadhil Ustaz Muhammad Nazrul Abdul Nasir Al Azhary(Syeikhul Ruwaq Al Jawi)  di Ruwaq Jawi sepanjang bulan ramadhan. Kitab ini kali pertama aku mempelajarinya di bawah bimbingan guru kami yang mulia Al Habib Muhammad Bin Muhammad Aqeil Al Mahdaly di Majlis Taalim Zikra Lil Mukminin Kedah. Tetapi sangat sedikit majlis yang aku hadir kerana pada waktu tersebut aku masih belum mempunyai lesen memandu kerana majlis diadakan pada waktu malam. Lagipon pada waktu tersebut kitab ini tidak dijual hanya perlu pinjam kitab Habib dan fotostat. Namun walaupon Habib ingin memberi kitabnya untuk di fotostat tetapi aku segan untuk mengambil darinya. Kitab ini adalah sebuah kitab yang sangat berkat dan sangat agung di mana kata Habib Muhammad Al Mahdaly kepadaku di dalam kereta beliau sewaktu aku menemani beliau untuk beliau mengajar kitab ini di Maahad Tahfiz Bahiyyah Kuala Ketil, katanya kitab ini sangat sesuai untuk dibaca kepada para pelajar madrasah kerana ianya dalam bentuk cerita. Secara tidak langsung kitab ini dapat menghilangkan penyakit boring/malal kepada para penuntut ilmu kerana uslub yang digunakn oleh Al Imam An Nabhani dalam bentuk penceritaan berbanding Kitab Syamail Muhammadiyah yang di susun oleh Al Imam At Tirmizi رضي الله عنه

Ahad, 18 Februari 2018

BIODATA SYEIKH PROF. DR. ALI JUMA'AH | الشيخ علي جمعة


Syeikh Ali Juma’ah Muhammad bin Abdul Wahab adalah Mufti Besar Mesir melalui badan fatwa Dar Al-Ifta Al-Misriyyah menggantikan Syeikh Ahmad Al-Tayyib. Beliau menjadi mufti semenjak tahun 2003. Di anggap sebagai pakar dalam perundangan Islam seperti Usul Fiqh dan mengikuti mazhab Syafie. Selain sebagai mufti,beliau adalah seorang sufi dan Syeikh Tariqat Naqsyabandiyah yang berkelayakkan bagi membaiah murid ke dalam tariqat itu. SyeikhAli Juma’ah dilahirkan di Bani Suwaif pada 7 Jamadil Akhir 1371H / 3 Mac 1951.Beliau mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinannya.

PENDIDIKAN
Syeikh Ali Juma’ah mendapat pendidikan sekolah tinggi pada tahun 1969 dan mendaftar diUniversiti Ain Shams, Kaherah. Beliau sememangnya sudah menghafal Al-Quran sejak kecil dan mendalami pengajian hadis dan hukum fiqh Maliki di waktu lapangnya ketika di university tersebut. Selepas menyelesaikan B.A dalam bidang Perdagangan di Aim Shams dalam tahun 1973, Syeikh Ali Juma’ah mendaftar untuk belajar di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta lulus pada tahun 1979.

Memandangkan beliau tidak mempunyai asas dalam pendidikan kurikulum sekolah tinggi Al-Azhar,maka dalam tahun pertama beliau terpaksa belajar dan menghafal segala teks-teks asas dan kitab-kitab turath dengan bersungguh-sungguh berbanding pelajar-pelajarlain yang sudah mempunya asas kukuh. Beliau kemudian menyambung hingga keperingkat M.A(1985) dan PhD(1988) dalam bidang perundangan Islam(Usul Fiqh) dandengan lulus cemerlang juga di Al-Azhar.

TUGAS MENGAJAR
Syeikh Ali Juma’ah mengajar di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab di UniversitiAl-Azhar. Beliau menjadi pensyarah di situ sejak mendapat M.A lagi sehinggalah dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada tahun 2003. Sebelum dilantik sebagai mufti oleh Presiden Hosni Mubarak, Syeikh Ali Juma’ah adalah professor usulfiqh di Universiti Al-Azhar. Sebagai tambahan beliau fasih berbahasa Inggeris dan beliau juga adalah bekas pengerusi Jabatan Perundangan Islam di Al-Azhar.

MEMBUKA KELAS PENGAJIAN DI LUAR WAKTUUNIVERSITI
Syeikh Ali Juma’ah turut membuka kelas-kelas pengajian di luar sebagai tambahan pembelajarannya di universiti. Beliau membuka pengajian secara tradisi Islam(halaqah dan talaqqi)* yang diadakan di masjid iaitu 6 hari seminggu bermula terbit matahari sehingga sampai waktu tengah hari. Beliau membuka membuka pengajian halaqah dan secara talaqqi ini sejak 1998 dengan tujuan bagi mengekalkan tradisi pengajian ini daripada lupus ditelan masa. Sistem pengajian ini memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid berbanding dengan sistem yang diamalkan di universiti. Katanya,

“Saya mahu mereka meneruskan tradisimembaca dan menggali ilmu dalam kitab-kitab klasik dengan cara memahamisebagaimana ia ditulis, bukan dengan cara mengikut pemahaman seseorang itu”.Selain itu, Syeikh Ali Juma’ah turut membaca khutbah Jumaat di Masjid SultanHassan, Kaherah sejak 1988 lagi. Sebelum itu, beliau mengadakan majlis ilmukepada masyarakat umum dengan diadakan sesi soal jawab berkenaan masalahperundangan Islam.

SyeikhAli Juma’ah adalah seorang ulama’ yang amat luas ilmunya. Dalam ilmu tafsirAl-Quran misalnya, dikatakan untuk satu ayat Al-Quran, beliau telah mengambilhingga beberapa hari bagi mengupas penafsirannya. Setiap halaqah berbezaperbahasan. Dalam satu ayat, beliau dapat mengupas mengenai hukum fiqh,tasawwuf, mukjizat Rasulullah SAW, saraf, tajwid dan lain-lain. Ini menunjukkanbahawa Syeikh Ali Jum’ah adalah seorang ilmuan yang terulung dalam pelbagaidisiplin keilmuan Islam termasuklah soal tasawwuf dan tariqat. Kedudukannya inimeletakkan beliau sebagai individu Islam yang ke-10 berpengaruh di dunia Islam.

PERLANTIKAN SEBAGAI MUFTI BESAR
Syeikh Ali Juma’ah dilantik sebagai Mufti Besar Mesir oleh Presiden Mesir, HosniMubarak bagi menggantikan Syeikh Muhammad Ahmad Al-Tayyib pada kahir September2003. Ini berikutan perlantikan Syeikh Ahmad Al-Tayyib ke jawatan PresidenUniversiti Al-Azhar Asy-Syarif bagi menggantikan Prof. Dr. Ahmad Omar Hashim. Perlantikanini melayakkan beliau bagi mengeluarkan fatwa dan menduduki Dar Al-Ifta(RumahFatwa) yang bertanggungjawab dalam isu-isu agama di mana secara purata hampir5000 fatwa dikeluarkan dalam seminggu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi,dengan dijawab melalui internet, telefon ataupun majalah dan dada-dada akhbarsama ada oleh beliau sendiri ataupun mufti-mufti yang lain.

Beliau adalah mufti yang dianggap kontroversi oleh negara-negara Barat terutamamengenai penjajahan Israel di Palestin. Beliau menyokong kepada pendekatanjihad yang diambil oleh penduduk Pallestin dalam menentang pendudukan Israel dibumi Palestin sehingga dituduh sebagai seorang yang anti-sematik(bencikanYahudi) oleh Israel dan banyak negara Barat.

KEISTIMEWAAN AKHLAK
Satu sifat istimewa beliau adalah beliau terus mengerjakan solat apabila mendengarazan walaupun didatangi oleh orang-orang besar ataupun berbincang hal yangpenting. Pernah Syeikh Ahmad Hajin dalam pengajiannya (ketika itu beliau sedangmengajar tentang cara jalannya Rasulullah SAW) menyebut, “Syeikh kami, SyeikhAli Juma’ah berjalan seperti Rasulullah SAW…”.

KARYA-KARYA PENULISAN
Syeikh Ali Juma’ah adalah ulama’ besar yang banyak menulis mengenai Islam, fiqh, tauhid dan tasawwuf. Antara penulisan beliau yang dapat dipaparkan di siniadalah :

1. Alaqah Usul Al-Fiqh Bil Al-Falsafah
2. Aliyat Al-Ijtihad
3. Athr Dhihab Al-Mahal Fi Al-Hukm
4. Al-Bayan
5. Al-Hukm Al-Shar’i
6. Al-Ijma’ Ind Al-Usuliyyin
7. Al-Imam Al-Shafi’I Wa Madrasatuhu Al-Fiqhiyyah
8. Al-Imam Al-Bukhari
9. Al-Kalim Al-Tayyib Jilid 1
10. Al-Kalim Al-Tayyib Jilid 2
11. Mabahith Al-Amr ‘Ind Al-Usuliyyin
12. Al-Madkhal Ila Darasah Al-Madhahib Al-Fiqhiyyah
13. Al-Mar’ah Fi Al-Hadarah A-Islamiyyah
14. Al-Mustalah Al-Usuli Wa Al-Tatbiq ‘Ala Tarif Al-Qiyas
15. Al-Nadhariyyah Al-Usuliyyah Wa Madkhal Li Darasah ‘Ilm Al-Usul
16. Al-Naskh ‘Ind Al-Usuliyyin
17. Qadiyah Tajdid Usul Al-Fiqh
18. Al-Qiyas ‘Ind Al-Usuliyyin
19. Al-Ru’yah Wa Hujiyyatiha Al-Usuliyyah
20. Simat Al-Asr
21. Taqyid Al-Mubah
22. Al-TariqIla Al-Turath Al-Islami 

GURU-GURUNYA
Antara guru-guru Syeikh Ali Juma’ah adalah :

1. SyeikhAbdul Hafiz Al-Tijani
2. SyeikhAbdul Hakim Abdul Latif
3. SyeikhAbdul Hamid Mayhub
4. SyeikhAhmad Jabir Al-Yamani
5. SyeikhAbdul Jalil Al-Qaranshawi
6. SyeikhAhmad Hammadah Al-Syafie
7. SyeihAhmad Mursi
8. SyeikhIsmail Sadiq Al’-Adawi
9. SyeikhAli Ahmad Mar’i
10. SyeikhHasan Ahmad Mar’i
11. SyeikhAl-Husayni Yusuf Al-Syeikh
12. SyeikhIbrahim Abu Al-Khashab
13. SyeikhIwad Allah Al-Hijazi
14. SyeikhIwad Al-Zabidi
15. SyeikhIsmail Al-Zayn Al-Yamani
16. SyeikhJad Al-Haqq ‘Ali Jad Al-Haqq
17. SyeikhJad Al-Rabb Ramadan
18. SyeikhMuhammad Abu Nur Zuhayr
19. SayyidMuhammad ‘Alawi Al-Maliki
20. SyeikhMuhamad Ismail Al-Hamdani
21. SyeikhMuhammad Mahmud Farghali
22. SyeikhMuhammad Shams Al-Din Al-Mantiqi
23. SyeikhMuhammad Zaki Ibrahim
24. SyeikhSya’ban Muhammad Ismail
25. SyeikhSaid ‘Abdullah Al-Lajhi
26. SyeikhSayid Salih ‘Iwad
27. SyeikhSoleh Al-Ja’fari
28. SyeikhMuhammad Yasin Al-Fadani

JAWATAN YANG DIPEGANG
*( )– tahun mula dilantik

1.     MuftiMesir (2003)
2.     AhliMajlis Penyelidikan Islam, Universiti Al-Azhar (2001)
3.     ProfesorPerundangan Islam, Universiti Al-Azhar
4.     AhliMajlis Fiqh, World Islamic Conference, Jeddah (2005)
5.     PenasihatUmum Universiti Al-Azhar (2000)
6.     AhliPusat Fiqh Islam, India (1992)
7.     AhliMajlis Fatwa Universiti Al-Azhar (1995)

AKTIVITI AKADEMIK
Antara aktiviti yang melibatkan Syeikh Ali Juma’ah ialah :
1. Pakarpenasihat dalam Majlis Bahasa Arab bagi menyediakan ensiklopedia istilah perundangan.
2. Terlibatdalam membangunkan kurikulum untuk Kolej Undang-Undang Islam, Oman.
3. Terlibatdalam mewujudkan program untuk School of Islamic and Social Sciences (SISS) di Washington DC.
4. PenasihatJabatan Pengajian Timur, Universiti Harvard, cawangan Mesir.
5. PenasihatTimur Tengah untuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Oxford.
6. Terlibatdalam syarahan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia.
7. Terlibatdalam meneliti ujian pencapaian akademik untuk jawatan professor dan professor pelawat bagi sebilangan universiti di seluruh dunia.
----------------------------------------------------------------------------------------------
*Halaqah dan Talaqqi : Iaitu pengajian secara separuh bulatan di mana guru mengajar di tengah dengan dilingkungi oleh anak murid dan guru membaca kitab serta memberi penerangan manakala anak murid mencatat segala pengajaran yang di sampaikan guru.

RUJUKAN :
MohdFaizal Harun. Biografi Ulama’ Tersohor. Selangor : Syeikh Publisher,2013.