Laman Ilmu Tauhid
قال العلماء:وأفضل العلوم على الاطلاق#علم به معرفة خالق
Pada zaman yang penuh dengan fitan ini, ummat akhir zaman makin leka dan lalai terhadap perkara2 fardhu dalam agama. Yang menjadi perbalahan hanyalah masalah2 furuk yang menatijahkan perpecahan kepada ummat. Yang menyedihkan lagi, perkara usul dalam agama masih tidak difahami dengan baik.Ulama yang haq dan beramal dengan ilmu diketepikan manakala pemidato yang lancang menyasatkan masyarakat diangkat dan dijulangi.
Ilmu yang agong ini Makin hari ditelan zaman, ianya dianggap bosan dan makin ditinggal oleh masyarakat. Ulama2 yang ahli di dalamnya makin hari makin kembali kepada penciptanya.Ketiadaan kefahaman ilmu ini di dalam dada mayarakat ummat khususnya di negara kita yang harmoni ini menatijahkan perkara yang pelik-pelik .
Kata ahli hikmah,اذا فهم السبب ورفع العجب yang bermaksud (Apabila sebab sesuatu yang terjadi difahami maka hilanglah takjub kepada perkara tersebut).Secara tuntasnya punca utama ummat pada hari ini terdedah kepada fahaman yang pelik-pelik seperti syiah,wahabi,liberal,transjander dan lain-lain lagi adalah kerana tiada asas yang kuat di dalam fahaman aqidah dan tidak mengikuti salaf terdahulu dalam menuntut ilmu.
Ilmu akidah ataupun ilmu tauhid namannya banyak,kata ulama كثرة الأسماء تدل على شرف المسمى(Banyaknya nama menunjukkan mulianya tuan nama tersebut).Nama lain bagi ilmu tauhid ialah ilmu akidah,ilmu kalam,fiqhul akbar,ilmu makrifatullah,ilmu sifat 20,ilmu usuluddin,ilmu aqaid iman,ilmu sifat dan banyak lagi
Tujuan utama dipelajari ilmu tauhid adalah untuk terlepas daripada ikatan taqlid,orang yang terikat dengan ikatan taqlid digelar muqallid.Ulama berbeza pendapat dalam bab ini antaranya pendapat Imam Al Fudhali di dalam kitab beliau
تحقيق المقام شرح كفاية العوام menyatakan bahawa muqallid ini iman di dunia tetapi kufur di akhirat.Maksudnya di dunia dia masih dinisbahkan sebagai seorang islam(boleh beri harta faraidh,boleh nikah kahwin,boleh tanam di perkuburan orang islam) tetapi di akhirat nanti dia akan di seksa kerana tidak beriman secara yaqin dan jazam.Muqalid adalah orang yang beraqidah ikut ikutan ataupun kata guru saya Al Fadhil Ustaz Helmi As Syafie muqallid itu imannya copy-paste seperti dia islam kerana ibunya islam.
Perkara ini sangat berbahaya jika ibunya murtad maka boleh jadi dia akan mengikuti jejak ibunya dan juga ikutanyaa.Untuk keluar daripada ikatan ini adalah dengan mempelajari ilmu aqidah mengikut syarahan dan bimbingan daripada ahlinya yakni para ulama Al Asyairah wal maturidiah.Kata ulama,untuk keluar daripada ikatan ini sekurang-kurangya hanya perlu memahami dalil ijmal sahaja sudah memadai(seperti memahami adanya alam maka mesti adanya pencipta(ALLAH).
Maka tiada lagi seribu alasan untuk kita elakkan diri kita daripada mempelajari perkara fardhu ini.Ilmu ini juga tidak dapat tidak mesti dibimbingi daripada para guru dan dipelajar dari sekecil-kecil kitab hingga sebesar-besar kitab(bagi yang ingin takhasus di dalamnya),jikalau untuk orang awwam memadai mempelajari kitab yang kecil kandungannya tetapi manfatnya sangatlah besar.Kata ulama kitab yang kecil adalah kunci untuk memahami kitab-kitab yang lebih besar(tebal).Para ulama membahagikan kitab kepada dua(secara umum dalam bidang ilmu apapon)
1-Kitab At Taalim-Kitab yang dipelajari dari huruf ke huruf daripada para guru
kitab ini dibahagikan kepada tiga bahagian
a)Mubtadi-permulaan
b)mutawassit-pertengahan
c)muntahi-kematangan
2-Kitab Al Mutalaah-kitab2 besar yang hanya dibuat rujukan pada bahagian2 tertentu untuk mendapat perincian.
Maka tanpa memanjangkan kalam lagi,alfaqir akan memulakan kitab yang pertama dalam marhalah almubtadiin yaitu kitab Ummu Al Barahin ataupun namanya Sughra sughra sughra karangan Al Imam As Sunusi
Antara ulama yang agong dalam ilmu kalam ialah Al Imam Muhammad Bin Yusuf As Sanusi(satu qabilah dari maghribi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan