MUQADDIMAH AL FAQIR
Alhamdulillah segala puji bagi allah taala yang telah menganugerahkan kepada kita cahaya iman
yang mempermudahkan kepada kita untuk mendekatkan diri kepadanya.Alhamdulillah
kitab yang berkat ini alfaqir berjaya
khatamkan dibawah bimbingan guru kami yang mulia Al Fadhil Al Ustaz Mohd Nazrul
Abdul Nasir Al Azhary( Syeikhul Ruwaq Al Jawi) dalam tempoh beberapa
majlis(secara penuh) bertempat di Masjid Al Bukhary Alor Malai Alor Setar
Kedah.
Sesungguhnya faedah
yang disusun oleh Al Imam dan syarahan
oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul sangat bernilai.Namun bukan semua yang
sempat untuk menghadiri majlis tersebut bagi mengutip permata-permata yang akan
digunakan bagi mendapat kebahagiaan di negeri Akhirat.
Maka disini alfaqir tulis kembali disini dalam tulisan
rumi agar mudah difahami dan sampai apa yang dimaksudkan oleh Al Imam dan pensyarah kitab ini.Moga-mogaan Allah Taala
menerima amal kebajikan kita semua dan mengumpulkan kita semua bersama golongan
Al Mutaqqin di akhirat kelak.
SEJARAH
HIDUP PENGARANG
Beliau adalah Al Allamah Al Imam Abu Yahya Zainuddin bin Ali bin Ahmad As
Syafie Al Malibari rahimahullah.
Dilahirkan di Bandar Cochin(salah satu Bandar di kerala) pada tarikh 12
Syaaban 873 Hijriah.Dibandar inilah beliau membesar dan mula mendapat didikkan
dibawah bimbingan bapa saudaranya(sebelah ayah)iaitu Syeikh Zainuddin Ibrahim
rahimahullah(beliau merupakan qadhi di Ponnani).
Al Imam mempelajari Al Quran dan menghafanya di bawah bimbingan bapa
saudaranya ini serta mempelajari ilmu-ilmu cabang syariat dan bahasa
arab.Semasa berada di Ponnan juga beliau turut menuntut ilmu dengan As Shihab
Ahmad bin Uthman Al Yamani rahimahullah.Beliau mempelajari fiqih,hadith serta
kitab الكافي في علم الفراىْض
karangan Al Imam Ishaq bin Yusuf Al Yamani.
Diantara guru beliau yang lain semasa berada di
Ponnan adalah As Syeikh Abu Bakr Fakhruddin ibnu Qadhi Ramadhan As Syaliyati Al
Malibari.Beliau mempelajari ilmu fiqh serta usul dan lain2 di bawah bimbingan
gurunya tersebut.Setelah berada dibawah bimbingan Al Qadhi Abu Bakr Fakhruddin
selama tujuh tahun beliau bermusafir ke Makkah Al Mukaramah dan bermuqim disana
selama beberapa tahun.Setelah itu beliau meneruskan pengajian di Jami’ Al Azhar As As Syarif di mesir dan menjadikan
beliau generasi pertama daripada malibar yang menuntut ilmu di Al Azhar.
Semasa berada di Al Azhar beliau telah mengambil
faedah daripada beberapa ulama besar antaranya:
1-Al Allamah Al Imam Abdullah ibn Ali Al Makudi
(Pengarang kitab Syarah Al Makudi ala Al
Ajurumiyah)
2-Al Imam Muhammad As Sakhawi
3-Al Imam As Syeikh Muhammad As Samahudi
4-Al Imam Jalaluddin As Suyuthi
5-As Sayyid Abu Bakr Al Idrus
6-As Sayyid Abu Bakr Al Hadhrami
7-Al Qadhi Ahmad ibn Umar Az Zabidi
8-Al Imam Jamaluddin Muhammad Ibn Umar Al
Hadhrami
9-As Syeikh Abdullah bin Ahmad Bamhaah
10-As Syeikh Al Imam Syamsuddin Tantawi
Serta ramai lagi ulama di Al Azhar yang tidak
disebutkan namanya.
Sumber:Kitab
Tanbih Al-Alibba terbitan Ruwaq Jawi
SyarahanAl Ustaz:Al Imam belajar sewaktu pengajian al
azhar di jami’(masjid),bukan di jamiah(university).Beliau datuk kepada pengarang
Kitab Fathul Muin,Al Imam Zainuddin Al Malibari As Saghir (anak murid Al Imam
Ibnu Hajar Al Haitami(pengarang kitab Tuhfatul Muhtaj).
Muallif membina masjid(tiga tingkat) di kerela hanya
menggunakan satu batang kayu balak dan siap dalam masa satu malam.Bahagian atas
masjid digunakan oleh Al Imam untuk mengajar jin pada waktu tertentu(jin dating
dalam bentuk asal).Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami juga pernah dating ke masjid
ini dan pernah bersandar di satu tiang(tiang tersebut dinamakan tiang ibnu hajar).
KHIDMAT
AL IMAM TERHADAP ILMU DAN UMMAH
Beliau adalah seorang yang sangat mengambil perhatian terhadap pembinaan
ummah.Cita-cita beliau sangat tinggi
kerana melihat keperluan masyarakat
handai khususnya seorang tokoh yang agong yang mengumpulkan kebanyakkan
ilmu agama bagi keperluan membimbing ummah.Disebabkan dorongan inilah beliau
menghabiskan puluhan tahun merantau dan
mengambil faedah serta bimbingan daripada para ulama.
Setelah melalui tempoh pengajian yang
panjang serta mendapat kebenaran daripada guru-gurunya untuk
menyampaikan dakwah dan berkhidmat kepada ummah,maka beliau mula
menjalankan tugasnya sebagai pembimbing ummah di negaranya yang tercinta.Telah disebutkan oleh
As Syeikh Abdul Hayy Husni didalam Kitab Nuhatu Khawatir bahawa hasil
dakwah Al Imam Zainuddin Al Kabir ini telah berbondong-bondong masyarakat hindu
memeluk islam dalam jumlah tidak terkira
banyaknya.
Setiap Alim itu sudah pasti memerlukan satu tempat yang khusus baginya
untuk menyampaikan pengajaran dan bimbingan dengan lebih
berkesan..Disebabkan inilah Al Imam membina masjid agong di tempat
tinggalnya.
Masyarakat setempat turut memberi sokongan dan membantu dalam
pembinaan masjid agong ini sehingga pusat pengajian ini digelar sebagai (Makkah Malibar) yang
setanding pada aman tersebut dengan Al
Jami’ Al Azhar,Jami’ Al Umawi di Damsyiq,Al Haramain As Syarifain,Jami Al Fatih
di Istanbul serta pusat-pusat pengajian agong yang lain.Penuntut ilmu dari
seluruh dunia seperti Indonesia,Malaysia,Mesir,Hijaz, turut datang kesana bagi mengambil faedah
daripada Al Imam.
Berkata As Syeikh Ali Jumaah,’Antara sebab pada waktu
tersebut para penuntut ilmu kurang ke mesir adalah kerana di setiap Negara
telah ada duta-duta kecil Al Azhar As Syarif.Mereka membina الأزهر الصغير
ditempat mereka(kerana pada waktu tersebut mereka tiada duit untuk belajar
jauh-jauh).Diceritakan dari Malaysia pon ada yang pernah datang belajar dengan
beliau tetapi masih tidak diketahui pemilik jasad tersebut.
Beliau rahimahullah mutafannin(berkemahiran) dalam
semua bidang ilmu(inilah qimah@kedudukkan ulama terdahulu).
KARANGAN-KARANGAN
BELIAU
مرشد
الطلاب الى الكريم الوهاب في التصوف
سراج القلوب وعلاج
الذنوب في التصوف
تحفة الأحباء
وحرفة الألباء في الأدعية المأثورة
ارشاد
القاصدين في اختصار منهاج العابدين
الصفا من الشفا
للقاضي عياض
تسهيل الكافي شرح
كافية ابن حاجب
كافية الطالب في
حل كافية ابن الحاجب في النحو
شرح مختصر على
ألفية ابنمالك في علم العربي
حاشيتان على التحفة
الوردية للامام عمر بن الوردي
حاشية على
الارشاد لابن المقرىْ في الفقه
هداية الأذكياء
الى طريق الأولياء
أرجوزة في
الفلسفة
Dan banyak lagi karangan beliau yang bernilai......
KEWAFATAN
AL IMAM
Setelah beliau menghabiskan umurnya yang berkat dalam berkhidmat kepada
agama dan ummat baginda rasulullah maka
beliau telah menyambut panggilan kekasihnya rabbul jalil pada 16 Syaaban tahun
928 hijriah pada malam jumaat yang mulia.Jasad beliau yang mulia dikebumikan di
kawasan masjid agung beliaudi Ponnan pada bahagian pintu masuk sebelah timur.Sehingga
sekarang maqam beliau masih zahir dan sentiasa di ziarahi
Antara Syarahan-syarahan utama bagi matan ini adalah:
ارشاد الألباء الى هداية الأذكياء-1
(Al Imam Abdul Aii Bin ainuddin Al Malibari Al Kabir)
كفاية الأتقياء ومنهاج الأصفياء-2
(Al Imam As Sayyid Bakri Syata Ad Dimyati)
سلام الفضلاء-3
(Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi Al Bantani)
رزق الأصقياء في شرح هداية الأذكياء الى طريق
الأولياء-4
(Syeikh Abdul Rahman Bawa Al Malibari)
akan bersambung nanti kalau umur panjang.........
Muhammad Ridhwan Bin Mohd Fauzi,Kaherah Mesir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan