Jumaat, 7 Jun 2019

Al Imam Abu Hassan Al Asyaari Dan Kitabnya Al Ibanah



(penulisan ini adalah hasil syarahan Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir dalam pengajian bersama dengan beliau)

Al  Imam Abu Ali Aj Juba’e Al Muktazili, merupakan bapa tiri dan Imam kepada madrasah aqidah Asyairah(Al Imam Abu Hassan Al Asyaari) juga mengambil  faedah daripada beliau selama hampir 40 tahun dalam aqidah muktazilah,dan kemudian Al Imam Al Asyaari berpindah dari mazhab muktazilah kepada mazhab Kullab(mazhab ahli sunnah),dan salah bagi yang mengatakan bahawa dipenghujung hidup, Al Imam Assyaari berpindah kepada mazhab salafi yang mentajsimkan Allah dengan berdalilkan kitab Ibanah yang dikarang oleh  Al Imam Abu Hassan Al Asyaari.

Dan kata para ulama,kalaulah kita baca dengan teliti kitab Ibanah yang dicetak sekarang ini,memang kita akan  jumpa banyak masalah dan kekeliruan dalam kitab tersebut seperti mengatakan Allah ada dua yad yang layak bagi Allah.Dan sebenarnya kata ulama,sandaran kitab ibanah sekarang yang disandarkan kepada Al Imam Abu Hassan Al Asyaari adalah Madsus(banyak  berlaku penukaran dan penyelewengan dalam kitab tersebut yang dibuat oleh puak-puak mujassimah@bahasa mudahnya wahabbi untuk merosakkan ahli sunnah wal jamaah).

Oleh sebab itulah ibanah tidak dijadikan kitab pengajian,tetapi sekarang ini kelompok wahabi membaca kitab ini,kerana mereka nak menunjukkan bahawa Al Imam Abu Hassan Al Asyaari berada pada kelompok mereka.Dan mereka menyuruh kita mengikut kitab ibanah yang telah ditahrif oleh mereka.

Maka Ulama menjawab,kalaulah kita nak tengok antara kalam asli dari kitab ibanah,bukalah kitab tabyyin kizb muftari karangan Al Imam Ibnu Asakir,didalam kitab tersebut Al Imam Ibnu Asakir ada menukil kalam dari kitab ibanah yang mana kalam tersebut bertentang dengan ibanah yang ada sekarang.

Sebab itulah system penaqalan dari kitab sangatlah penting dan itu bukanlah tahsil hasil yang bathil,kerana penaqalan dari kitab ini dapat menunjukkan kepada kita apa yang disebut oleh ulama tersebut dari kitabnya yang telah hilang dan mafqud.

Dan antara nukilah dari kitab ibanah yang asal ada dalam kitab Imam Ibnu Asakir yang berjudul Tabyyin kizbi muftari dan tarikh ibnu asakir.Dan ada satu lagi nukilan dalam kitab seorang Dukturah di Azhar(Dr Fatimah) tetapi masih ada qil wa qal dalam kitab tersebut dan tidak daqiq lagi tetapi kitab  ini lebih baik daripada cetakan yang ada sekarang ini yang selain daripada tahqiq Dr Fatimah.

Oleh sebab itulah kitab ibanah bukanlah kitab umdah  dalam pengajian tauhid ahli sunnah,sebab itu kalau pengajian dalam bidang aqidah diajarkan jauharah,kharidah bahiyyah,aqidatul awwam,kitab-kitab Imam As Sanusi kerana kitab-kitab ini adalah tanqih kembali(diceduk) daripada apa  yang dibawa oleh jumhur ulama Ahli Sunnah,dan sejarah ini sangat penting untuk dititik beratkan oleh penuntut ilmu.

Dan maksud sebenar Al Imam Abu Hassan Al Asyaari kembali kepada Salaf adalah beliau kembali kepada aqidah nabi,aqidah para sahabat,dan Al Imam Abu Hassan Al Asyaari bukanlah yang mula mereka cipta aqidah ini,tetapi beliau adalah penerus daripada ajaran nabi dan para sahabat nabi.
Dan Ibnu Kullab adalah pembesar ahli sunnah di zamannya dan sangat  agong dalam ilmu aqidah,dan teruknya puak wahabi ini mereka nak ubah sejarah dan madar isnad,kerana semua sanad dalam dunia ini tidak akan dilalui melainkan mesti ada sufi/wali yang beraqidah Asyairah maturidiah.

Dan Al Muhadith Syeikh Usamah menyebut bahawa beberapa tahun yang lalu telah diubah dan diselewang 10 sanad dalam 10 hadis kepada nama ulama-ulama mereka(puak wahabi),sebab itu sekarang puak-puak ini sangat suka dengan majlis sama’ hadith kerana mereka nak jadikan madar sanad pada masa akan datang adalah melalui mereka dan bukan dari ulama ahli sunnah,dan perkara itu tidak akan terjadi kerana kata baginda rasulullah,”umatku tidak akan berkumpul dalam kesesatan”


Al Fager Muhammad Ridhwan Bin Mohd Fauzi
Beit At Tayyib Hayyu Sabik Kota Kaherah Mesir
7/6/2019  1.20 ptg

Selasa, 21 Mei 2019

الامام محمد الخرشي المالكي


Nama beliau adalah Al Imam Abu Abdillah Muhammad bin Jamaluddin Abdullah Bin Ali Al Khurashi Al Maliki,beliau adalah ulama' pertama yang menjawat jawatan sebagai Syeikhul Azhar di Masyaikhah Al Azhar As Syarif

Sheikh Al-Kharashi dilahirkan pada 1010 AH-1601 AD dan meninggal dunia pada tahun 1101 AH-1690M di gubernur Al-Buhaira dari kampung Abu Kharash dan mendapat pendidikan awal dari  ayahnya Imam Jamal Al-Din bin Abdullah Al-Kharashi dan menghafal al-Quran dan mengajarnya sebagai mengikut sunnah baginda rasul.

Al Imam Al-Kharashi telah menulis lebih daripada 200 buah kitab, yang paling terkenal dan berlegar-legar dikalangan penuntut ilmu adalah الشرح الكبير علي متن خليل في فقه المالكية(kitab dalam fiqh Imam Malik lapan jilid.Ketinggian ilmu beliau juga sangat dikenali oleh para ulama besar di zamannya dan para penuntut ilmu ketika itu.

 Dalam perjalanan usaha Imam untuk berkhidmat kepada orang ramai dan memenuhi keperluan mereka, dia berdiri di hadapan para penguasa, penguasa dan pedagang. Dia berkata, "Kebenaran tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah."

Dan juga antara guru Al Imam Al Kharahsi adalah   adalah Shaykh Ibrahim al-Laqqani (ulama bersepakat bahawa beliau adalah Imam hadith di zamannya).

Dan masyarakat mesir pada zaman dahulu (sejak seribu tahun yang dahulu),kalau mereka mempunyai sebarang masalah, kesempitan dalam hidup atau terkena dengan mana-mana musibah, maka mereka akan menyebut kalimah (ياخراشى) dan terus menerus perbuatan tersebut hingga kini


Sheikh Al-Kharashi tidak menerima kemasyhurannya sehingga dia dinaikkan pangkat. Dia mengasumsikan kedudukan Sheikh Al-Azhar pada 1090 AH-1679 dan dia berumur 80 tahun dan terus sampai kematiannya pada usia 90 tahun.
ِ
ِِAl Imam rahimahullah adalah  contoh teladan kepada para ulama,ahli ibadah dan para sadah malikiyah .Beliay juga berpewatakkan sederhana,sangat tawadhuk dan tidak meninggi diri dan sangat seronok untuk melayani keperluan masyarakat dan menghabiskan masa untuk memenuhi keperluan mereka dan terus menerus kisah ini sehingga seribu tahun lebih.....
Antara Kitab karangan beliau adalah:-


Sabtu, 18 Mei 2019

Menyampaikan Ilmu Itu Bukan Semudah Menjual Nasi Lemak


Pernah diceritakan oleh Al Fadhil Al Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir Al Azhary(Syeikhul Ruwaq Al Jawiy)




"Pernah disebut oleh Fadhilatul Imam Al Allamah Nuruddin Ali Jumaah حفظه الله-Sebelum pengajian di Masjid Al Azhar As Syarif diadakan dalam bentuk"حلقة العلم"، ratusan tahun dahulu majlis di Masjid Al Azhar hanya dlm bentuk saf(yakni guru akan duduk sandar ditiang dan murid akan datang duduk belajar dalam barisan saf),

maka selepas berlalu zaman dan ramai penuntut ilmu yang datang belajar di Al Azhar As Syarif maka mulalah pengajian secara halaqah ilmu,dan pada waktu tersebut masih tiada lagi kerusi bagi para masyaikh,semua masyaikh hanya duduk mengajar bersandar di tiang dan yang hanya ada waktu tersebut satu kerusi agong sahaja iaitu Kerusi Syeikhul Azhar@lebih dikenali sebagai Syeikhul Masyaikh/Syeikhul Islam(bila tiba waktu pengajian bersama Syeikhul Azhar, semua majlis akan berhenti dan semua Masyaikh dan penuntut ilmu akan hadir duduk di Majlis Syeikhul Azhar yg mengajar di atas kerusi).

Maka selepas berlalunya zaman, setiap Masyaikh yang ada di setiap Arwiqah(Ruwaq2 di Masjid Al Azhar) diberi kerusi untuk duduk mengajar kepada para penuntut ilmu ,maka diberi gelaran "شيخ الكرسي" yang mana dahulunya dipanggil sebagai" شيخ العمود"(Syeikh yg mengajar di tiang2 Masjid Al Azhar As Syarif)...........

Dan pada zaman dahulu Para Guru yang sudah tersemat dalam jiwanya Manhaj Al Azhar dan juga sudah belajar di Al Azhar As Syarif puluhan tahun serta mempunyai Syahadah Alimiyah(sijil tertinggi di Al Azhar As Syarif/dukturah zmn skrg) yang berhasrat untuk mengajar di Masjid Al Azhar As Syarif perlulah memohon terlebih dahulu kepada Syeikhul Ruwaq. Setelah itu guru tersebut akan dipandu olehSyeikhul Ruwaq untuk pergi ke rumahSyeikhul Azhar untuk diuji dalam13cabang ilmu dalam tempoh masa lebih kurang seminggu.

Kalau guru tersebut berjaya maka beliau akan diuji pula dihadapan Para Masyaikh dan Para Murid di Masjid Al Azhar, pada waktu tersebut akan dihebahkan kepada orang ramai dan semua majlis akan berhenti,Para Masyaikh akan duduk dihadapan untuk melihat guru tersebut diuji di hadapan Syeikhul Azhar(Ulama Azhar/Syeikhul Masyaikh yg paling agong pd zaman tersebut/Syeikhul Islam).Dan kemudian dia akan mengajar dan Para Masyaikh akan bertanya bermacam2 soalan untuk menguji keilmuannya dan dia akan jawab pada waktu tersebut, setelah tamat majlis.

Masyaikh akan umumkan natijah dan ilmu apa yg patut beliau mengajar. Ada guru yg boleh mengajar 13 bidang ilmu,ada yg hanya sebahagian, ada yg hanya dua, ada yg hanya satu bidang, dan ada yg tidak dibenarkan langsung mengajar dalam kesemua cabang ilmu, dan yg xdiberi izin untuk mengajar ada yang berkeras juga untuk mengajar. Maka mereka akan diberi surat amaran kali pertama, dan kalau buat lagi(mengajar tanpa izin) akan diberi amaran kali kedua, dan kalau mengajar lagi maka akan ditangkap.

Mereka yg ditangkap tersebut akan dinaikkan diatas keldai dn akan dibawa mengelilingi kota kaherah(kaherah qodim),maka dibunyi loceng" kling kling kling"dn akan disebut kepada orang ramai"Jaga2 dgn org ni, jgn mengaji dgn dia ni, dia ingin mengubah agama Allah Taala kerana dia x dibenar mengajar nk mengajar juga"

...kalau di tempat kita buat mcm tu mmng banyak la org naik keldai..tp ditempat kita alhamdulillah sekurang2nya ada sistem tauliah dn dlm sistem ni pon dh ad bnyk tasamuh,Betapa jauhnya kedudukkan serta himmah kita dengan Para Imam2 yg terdahulu..

Moga Allah permudahkan dlm segala urusan kita semua dn menyedarkan kita dalam berpijak dibumi yang nyata ini,#Doakan saya yg malas ni..

Jumaat, 17 Mei 2019

SEDIKIT CATATAN BERKENAAN KITAB TANBIH ALIBBA(SYAIR BERKENAAN ILMU TASAUF)



MUQADDIMAH AL FAQIR

Alhamdulillah segala puji bagi allah taala yang  telah menganugerahkan kepada kita cahaya iman yang mempermudahkan kepada kita untuk mendekatkan diri kepadanya.Alhamdulillah kitab  yang berkat ini alfaqir berjaya khatamkan dibawah bimbingan guru kami yang mulia Al Fadhil Al Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir Al Azhary( Syeikhul Ruwaq Al Jawi) dalam tempoh beberapa majlis(secara penuh) bertempat di Masjid Al Bukhary Alor Malai Alor Setar Kedah.


Sesungguhnya faedah  yang disusun oleh Al Imam dan syarahan  oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul sangat bernilai.Namun bukan semua yang sempat untuk menghadiri majlis tersebut bagi mengutip permata-permata yang akan digunakan bagi mendapat kebahagiaan di negeri Akhirat.

Maka disini alfaqir tulis kembali disini dalam tulisan rumi agar mudah difahami dan sampai apa yang dimaksudkan oleh Al Imam dan  pensyarah kitab ini.Moga-mogaan Allah Taala menerima amal kebajikan kita semua dan mengumpulkan kita semua bersama golongan Al Mutaqqin di akhirat kelak.


SEJARAH HIDUP PENGARANG

Beliau adalah Al Allamah Al Imam Abu Yahya Zainuddin bin Ali bin Ahmad As Syafie Al Malibari rahimahullah.

Dilahirkan di Bandar Cochin(salah satu Bandar di kerala) pada tarikh 12 Syaaban 873 Hijriah.Dibandar inilah beliau membesar dan mula mendapat didikkan dibawah bimbingan bapa saudaranya(sebelah ayah)iaitu Syeikh Zainuddin Ibrahim rahimahullah(beliau merupakan qadhi di Ponnani).

Al Imam mempelajari Al Quran dan menghafanya di bawah bimbingan bapa saudaranya ini serta mempelajari ilmu-ilmu cabang syariat dan bahasa arab.Semasa berada di Ponnan juga beliau turut menuntut ilmu dengan As Shihab Ahmad bin Uthman Al Yamani rahimahullah.Beliau mempelajari fiqih,hadith serta kitab الكافي في علم الفراىْض karangan Al Imam Ishaq bin Yusuf Al Yamani.

Diantara guru beliau yang lain semasa berada di Ponnan adalah As Syeikh Abu Bakr Fakhruddin ibnu Qadhi Ramadhan As Syaliyati Al Malibari.Beliau mempelajari ilmu fiqh serta usul dan lain2 di bawah bimbingan gurunya tersebut.Setelah berada dibawah bimbingan Al Qadhi Abu Bakr Fakhruddin selama tujuh tahun beliau bermusafir ke Makkah Al Mukaramah dan bermuqim disana selama beberapa tahun.Setelah itu beliau meneruskan pengajian di Jami’ Al  Azhar As As Syarif di mesir dan menjadikan beliau generasi pertama daripada malibar yang menuntut  ilmu di Al Azhar.

Semasa berada di Al Azhar beliau telah mengambil faedah daripada beberapa ulama besar antaranya:

1-Al Allamah Al Imam Abdullah ibn Ali Al Makudi
(Pengarang kitab Syarah Al Makudi ala Al Ajurumiyah)

2-Al Imam Muhammad As Sakhawi

3-Al Imam As Syeikh Muhammad As Samahudi

4-Al Imam Jalaluddin As Suyuthi

5-As Sayyid Abu Bakr Al Idrus

6-As Sayyid Abu Bakr Al Hadhrami

7-Al Qadhi Ahmad ibn Umar Az Zabidi

8-Al Imam Jamaluddin Muhammad Ibn Umar Al Hadhrami

9-As Syeikh Abdullah bin Ahmad Bamhaah

10-As Syeikh Al Imam Syamsuddin Tantawi

Serta ramai lagi ulama di Al Azhar yang tidak disebutkan namanya.
Sumber:Kitab Tanbih Al-Alibba terbitan Ruwaq Jawi

SyarahanAl Ustaz:Al Imam belajar sewaktu pengajian al azhar di jami’(masjid),bukan di jamiah(university).Beliau datuk kepada pengarang Kitab Fathul Muin,Al Imam Zainuddin Al Malibari As Saghir (anak murid Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami(pengarang kitab Tuhfatul Muhtaj).

Muallif membina masjid(tiga tingkat) di kerela hanya menggunakan satu batang kayu balak dan siap dalam masa satu malam.Bahagian atas masjid digunakan oleh Al Imam untuk mengajar jin pada waktu tertentu(jin dating dalam bentuk asal).Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami juga pernah dating ke masjid ini dan pernah bersandar di satu tiang(tiang tersebut dinamakan tiang ibnu  hajar).


KHIDMAT AL IMAM TERHADAP ILMU DAN UMMAH


Beliau adalah seorang  yang  sangat mengambil perhatian terhadap pembinaan ummah.Cita-cita beliau sangat  tinggi kerana melihat keperluan masyarakat  handai khususnya seorang tokoh yang agong yang mengumpulkan kebanyakkan ilmu agama bagi keperluan membimbing ummah.Disebabkan dorongan inilah beliau menghabiskan  puluhan tahun merantau dan mengambil faedah serta bimbingan daripada para ulama.

Setelah melalui tempoh pengajian yang  panjang serta mendapat kebenaran daripada guru-gurunya untuk menyampaikan dakwah dan berkhidmat kepada ummah,maka beliau mula menjalankan tugasnya sebagai pembimbing ummah di negaranya yang  tercinta.Telah disebutkan  oleh  As Syeikh Abdul Hayy Husni didalam Kitab Nuhatu Khawatir bahawa hasil dakwah Al Imam Zainuddin Al Kabir ini telah berbondong-bondong masyarakat hindu memeluk islam dalam jumlah  tidak terkira banyaknya.

Setiap Alim itu sudah pasti memerlukan satu tempat yang khusus baginya untuk menyampaikan pengajaran dan bimbingan dengan lebih berkesan..Disebabkan inilah  Al Imam  membina masjid agong di tempat tinggalnya.

Masyarakat setempat turut memberi sokongan dan membantu dalam pembinaan masjid agong ini sehingga pusat pengajian  ini digelar sebagai (Makkah Malibar) yang setanding pada aman tersebut dengan  Al Jami’ Al Azhar,Jami’ Al Umawi di Damsyiq,Al Haramain As Syarifain,Jami Al Fatih di Istanbul serta pusat-pusat pengajian agong yang lain.Penuntut ilmu dari seluruh dunia seperti Indonesia,Malaysia,Mesir,Hijaz,  turut datang kesana bagi mengambil faedah daripada Al Imam.

Berkata As Syeikh Ali Jumaah,’Antara sebab pada waktu tersebut para penuntut ilmu kurang ke mesir adalah kerana di setiap Negara telah ada duta-duta kecil Al Azhar As Syarif.Mereka membina الأزهر الصغير ditempat mereka(kerana pada waktu tersebut mereka tiada duit untuk belajar jauh-jauh).Diceritakan dari Malaysia pon ada yang pernah datang belajar dengan beliau tetapi masih tidak diketahui pemilik jasad tersebut.

Beliau rahimahullah mutafannin(berkemahiran) dalam semua bidang ilmu(inilah qimah@kedudukkan ulama terdahulu).


KARANGAN-KARANGAN BELIAU

مرشد الطلاب الى الكريم الوهاب في التصوف

سراج القلوب وعلاج الذنوب في التصوف

تحفة الأحباء وحرفة الألباء في الأدعية المأثورة

ارشاد القاصدين  في اختصار منهاج العابدين

الصفا من الشفا للقاضي عياض

تسهيل الكافي شرح كافية ابن حاجب

كافية الطالب في حل  كافية ابن الحاجب في النحو

شرح مختصر على ألفية ابنمالك في علم العربي

حاشيتان على التحفة الوردية للامام عمر بن الوردي

حاشية على الارشاد لابن المقرىْ في الفقه

هداية الأذكياء الى طريق الأولياء

أرجوزة في الفلسفة

Dan banyak lagi karangan beliau yang bernilai......


KEWAFATAN AL IMAM

Setelah beliau menghabiskan umurnya yang berkat dalam berkhidmat kepada agama dan ummat baginda rasulullah  maka beliau telah menyambut panggilan kekasihnya rabbul jalil pada 16 Syaaban tahun 928 hijriah pada malam jumaat yang mulia.Jasad beliau yang mulia dikebumikan di kawasan masjid agung beliaudi Ponnan pada bahagian pintu masuk sebelah timur.Sehingga sekarang maqam beliau masih zahir dan sentiasa di ziarahi


Antara Syarahan-syarahan utama bagi matan ini adalah:

ارشاد الألباء الى هداية الأذكياء-1                    
(Al Imam Abdul Aii Bin ainuddin  Al Malibari Al Kabir)      
                      
كفاية الأتقياء ومنهاج الأصفياء-2     
(Al Imam As Sayyid Bakri Syata Ad Dimyati)             

سلام الفضلاء-3
(Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi Al Bantani)

رزق الأصقياء في شرح هداية الأذكياء الى طريق الأولياء-4                               
(Syeikh Abdul Rahman Bawa Al Malibari)

akan bersambung nanti kalau umur panjang.........

Muhammad Ridhwan Bin Mohd Fauzi,Kaherah Mesir

SEDIKIT CATATAN MENGENAI KITAB AL-FAWAID AL BADI'AH(KITAB PEMBUKA JALAN BAGI PENUNTUT ILMU SYARI'E)


 Kitab ini sangat baik sebagai permulaan penuntut-penuntut ilmu syariah(ilmu2 syarak) khususnya yang berkeinginan hendak datang belajar di Al Azhar As Syariff,di dalam kitab ini diceritakan tentang fawaid(faedah-faedah),Manhaj dan bagaimana untuk membina penuntut ilmu di Al Azhar As Syariff.

Penuntut ilmu pada zaman sekarang hanya disebut sebagai lughah(bahasa) sahaja tetapi hakikatnya tidak memenuhi krateria-krateria penuntut ilmu.Kitab ini sebenarnya bukanlah  kitab tadris(pengajian) tetapi adalah kitab Al Qiraah(pembacaan dan rujukan).

Pengarang memulakan kitab beliau ini dengan muqaddimah yang dipanggil dalam istilah ilmu badi’(salah satu cabang dari ilmu balaghah):-

براعة المطلب - Memulakan dengan apa yang dituntut dalam muqaddimah(Basmalah,Hamdalah,Selawat danSalam,Amma Baadu)/muqaddimah yang umum.



TAJUK PERBINCANGAN KITAB INI

Tajuk perbincangan kitab ini tentang penuntut ilmu syarak,dalam kitab  ini juga ada fawaid tertentu bagi ilmu syarak(sama ada Maaqul atau Manqul) dan bagaimana untuk hasilkan ilmu tersebut mengikut jalan para salaf soleh yang terdahulu,selepas mana matinya jalan tersebut maka penuntut ilmu tidak tahu cara menuntut ilmu dengan betul.Maka penulis kitab ini berhasrat untuk hidupkan kembali jalan tersebut.

Beliau juga berkata,manusia sudah tinggal kitab-kitab turath(kitab yang umurnya seratus tahun dan keatas),mereka juga hanya berpada kepada Jamiah tidak ke Jami dan ketahuilah olehmu wahai penuntut muzakkar itu tidak sama  dengan muannas(Jami’ tidak sama dengan Jamiah).

Berkata As Syeikh Mukhtar Al Jazair Rahimahullah-Lazimkan dirimu ke Jami’ kerana مذكر tidak sama dengan مؤنث.Manusia yang berpada ke Jamiah sahaja ilmunya akan menjadi pondan(tidak kuat dan mantap),dia tidak akan menjadi رجل    كامل(seorang penuntut ilmu yang sempurna@ilmuan yang mantap.

Bahawasanya guru sama yang mengajar di Jami’ dan Jamiah manhajnya berbeza,kerana dia maklum yang datang ke Jami’ adalah untuk menjadi مذكر.
Pengajian di Kuliah hanya untuk mengambil kunci untuk pergi ke مائدة  /hidangan yang tepat((جامع الأزهر الشريف.Dan orang yang langsung tidak pergi ke Jami’ mahupun Jamiah maka hakikatnya dia adalah khunsa(tidak dapat mengesan jantinanya kerana tidak pergi ke mana pon).

Penuntut ilmu yang datang ke bumi ardhul kinanah ini  tidak boleh membela sifat malas dalam diri.Kitab ini walaupon ringkas hakikatnya adalah padat(kerana penulis kumpul daripada banyak kitab dan pengalaman beliau sendiri).




SEBAB PENULISAN KITAB INI

Beliau menyusun kitab ini umum untuk penuntut ilmu di serata pelusuk dunia dan khusus kepada penuntut ilmu di bumi Bahrain.Selepas beliau mengajar di masjid-masjid,beliaumenulis kitab ini sebagai untuk memenuhkan keinginan penuntut-penuntut ilmu,sebagai jadi pelita untuk penuntut ilmu jadikan sebagai  jalan  untuk menuntut ilmu.

Tujuan kitab ini disusun adalah untuk memberi jalan kepada penuntut ilmu ,menguatkan himmah  mereka dan tapak bagi para mubtadi.Dan juga peringatan bagi para muntahi,untuk hidupkan ilmu syarak dan juga untuk mengajar mengikut toriq mutaqadimmin yang  terdahulu.

SUMBER BAGI KITAB  INI

Pengarang kumpul dari tiga sumber utama;

1-Beliau mengambil daripada mulut para masyaikh.Beliau dahulukan kalam Masyaikh daripada kitab-kitab keran ini adalah  toriq ilmu,ilmu diambil dari mulut para masyaikh bukan daripada kitab.

Zaman sekarang ramai yang  kalut dengan ijazah riwayat tetapi lalai daripada ijazah dirayah(warisan kefahaman).Jangan buang masa di mesir dengan tidur dirumah,kena hadir ke majlis-majlis walaupon tidak faham/
Di dalam Majlis guru-gurunya disebutkan adab-adab,Manhaj penuntut ilmu,Maka daripada itulah keluar Kitab ini.

2-Diambil daripada kitab-kitab tentang adab-adab penuntut ilmu.

3-Diambil daripada kitab-kitab yang terang tentang
الموضوعات علوم الشرعية-(Kitab-kitab tentang( المبادي العشرة ,istilah-istilah Muqaddimah Kitab/Muqaddimah Ilmu yang ada dalam Kitab Muqaddimah Imam Ibnu Khaldun,Kitab Imam Taftazani.

Pengarang juga memulakan Kitab ini dengan Manhaj Para Ulama.Antara adab-adab/syarat untuk menulis kitab kena  ada

1-Basmalah
2-Hamdalah
3-Selawat dan Salam
4-Amma Baadu
5-Ada nama kitab dan nama Penulis Kitab

NAMA BAGI KITAB INI

Individu yang awal-awal buat manhaj dalam penulisan ilmiah bukanlah Rojer Beikun,dia hanya curi daripada kitab-kitab ulama islam.Al Imam An Nawawi rahimahullah lebih dahulu membuat manhaj di dalam Kitab beliau الأربعون النووية.

Orang yang membaca kitab tanpa baca muqaddimah kitab umpama masuk rumah orang tidak  memberi salam,As Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al Azhary pernah menceritakan bahawa gurunya pernah mengajar hanya membaca muqaddimah Kitab-kitab dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

Di dalam kitab ini pengarang akan  menerangkan perkara-perkara yang terutama kepada kita sebagai orang yang baru dalam menuntut ilmu(supaya perjalanan kita sempurna),kata ulama ‘’orang baru yang datang ke suatu tempat adalah buta walaupon dia melihat.

Hakikat orang yang hanya mengaji empat tahun baru peringkat mubtadi.Pernah diceritakan,As Syeikh Ali Soleh Al Azhary pernah……………………………………………..Jangan buang masa di mesir.

ALat ilmu juga sangatlah penting untuk dapatkan hasil ilmu,kena tinggalkan rahah pada waktu ini,jangan biar waktu tidur lebih daripada menuntut ilmu.
Berada di Al Azhar As Syariff juga kena tawadhu’(supaya dapat banyak faedah),kena bergaul dengan semua orang,cakap tidak tinggi.

catatan ini adalah hasil dari syarahan Ustaz Muhammad Nazrul Abdul Nasir Al Azhary sewaktu beliau mensyarahkan kitab ini.

Muhammad  Ridhwan Mohd Fauzi,Kaherah Mesir


Sedikit nasihat Al Fadhil Al-Ustaz Muhammad Nazrul  Bin Abdul Nasir Al Azhary(SYEIKHUL RUWAQ AL JAWIY)  kepada kami sewaktu awal-awal tiba di bumi kaherah.

TEMPAT-Kediaman beliau  di Hayyu Asyir,Kota Kaherah Mesir.

TARIKH ZIARAH DAN DITULIS KALAM INI-11.5.2018(Jam:5.00pm di Asrama DarulAman 3 Hayyu Sabik,Kota Kaherah Mesir)

Kita sepatutnya perlu mengambil peluang betul-betul mengaji di Mesir,kita juga kena fikir apa yang akan dibawa balik nanti ke bumi Malaysia.Kita jangan balik ke Malaysia dalam keadaan kita awal-awal sampai ke bumi Mesir.Jangan bawa balik kelemahan sewaktu kita awal-awal sampai ke mesir.Kena banyak buat kerja dan tampung kelemahan kita.

Selepas itu berapa tahun kita nak tinggal disini,kalau empat tahun sahaja kena usaha lebih dari orang lain(bukan bermakna yang nak duduk lama boleh relaks),kena ambil peluang tuntut ilmu betul-betul.
Antara nasihat penting,

1)kena bijak pilih kawan,kalau silap pilih kawan kita akan terabai,banyak disini jenis ikut kawan,kalau kawan tak pi ngaji dia pon xpi ngaji.

2)Bahasa Arab,kena duduk dengan orang arab,bila keluar  jumpa arab kena banyakkan cakap arab,vocab kena banyak contohnya kalau pi kedai sayur tanya arab  tersebut tu sayur apa dan tulis,kena praktik dan catat dirumah,kalau ada seorang dalam kumpulan buat kamus sendiri dan lukis gambar serta letak nama gambar tersebut lebih baik.

Kita juga jangan malu nak cakap arab dengan kawan-kawan,banyak orang kita tak berjaya cakap arab dengan kawan-kawan sebab malu,cakap saja walaupun salah dari segi nahu.

Bahasa arab ada dua:-

1-komunikasi-diperolehi melalui rajin bercakap

2-bahasa ilmu(bahasa arab tinggi)-hanya diperolehi dalam kelas daripada sekecil-kecil kitab sehingga sebesar-besar kitab.

Kita perlu mewajibkan diri kita menghadiri ke kelas talaqqi walaupun paling kurang sehari sekali yang sesuai dengan mustawa kita,(sekarang kebanyakkan kelas ada yang memaparkan sama ada untuk mubtadi,mutawassit,muntahi)kita pilih yang mana sesuai dengan kita.

.Dan selepas itu kena istiqamah dan yang paling penting dalam pengajian ialah ‘murajaah’,selepas balik dari kelas. Baca berkali-kali.Masalah pelajar sekarang  apabila pergi ke kelas bila dah balik tidak baca,tunggu kelas yang lain pula.

Sebenarnya kalau seseorang tu sehari mengaji satu helai dengan mana-mana guru lalu di baca balik satu helai tu berkali-kali lebih baik daripada dia hadir banyak kelas tetapi tidak murajaah kembali pengajian-pengajian tersebut.

Ada sebahagian maktabah di mesir ni kitabnya kita tidak perlu beli seperti Darul Hadis,Maktabah Taufiqiyah,Darul Fiqh dan Darul Kutub Ilmiyah kecuali tidak ada maktabah lain yang mencetak kecuali maktabah tersebut.

Tetapi sebaiknya tidak perlu membeli kitab di maktabah tersebut kerana banyak yang’ jatuh’ ,tetapi kalau tujuan untuk mengaji boleh kerana kita boleh semak bahagian mana yang ‘jatuh’
.Tetapi kalau nak mula beli kitab seeloknya belilah kitab yang elok terus.Kalau dah beli tak apa,boleh guna untuk mengaji(boleh semak yang mana salah).

Selepas tu guru-guru yang kita nak mengaji kena rujuk dulu dengan asatizah,adakah sesuai untuk kita.Banyak induvidu  muda yang mengajar sekarang juga terlalu cepat mengkritik para masyaikh maka sifat itu turun kepada anak murid.

Seeloknya kalau nak cari masyaikh arab cari yang tua terlebih  dahulu,kalau yang terlalu muda rujuk asatizah terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan,supaya tidak terjadi kehadapan nanti ‘’kita ingat kita orang mengaji’’ tetapi hakikatnya kita tak mengaji apa pon.

Sekarang ni jadi isu banyak yang menghentam para masyaikh dan yang selalu mudah tertipu ialah orang melayu.Banyak individu sekarang yang tawarkan diri untuk mengajar walaupon tidak mendapat bayaran kerana yang penting untuk mendapat’ nama'.

Kebanyakkan orang mesir sekarang berlumba dalam hidup mereka,mereka berlumba untuk hidup.Orang arab ni otaknya laju,kalau dalam peperiksaan dapat jayyid jiddan memang bagi mereka teruk,mereka biasannya dapat mumtaz.Kita jangan tertipu dengan mumtaz tersebut.

Dan yang paling penting kita jangan tertipu dengan zahir seseorang tersebut.Sebahagian pelajar kita dah terkena dengan perkara tersebut.Perkara ni menyebabkan kita membuang masa.

Anak murid Syeikh Ali Jumaah juga  ada sebahagian yang mengajar,ada yang sibuk dengan urusan kerja(kerja dalam bahagian agama seperti majlis fatwa)sehingga tidak sempat membuat kelas.Ada yang banyak buat kelas seperti Syeikh Sayyid Bin Syaltut.(Bahasa Syeikh Sayyid juga bahasa Fushah).Ada juga sebahagian Masyaikh sekarang sudah tidak mengajar.

Zaman dulu di  Masjid Azhar  penuh dengan kelas madrasah Syeikh Ali Jumaah.Syeikh Ali Jumaah dulu sempat mengajar sikit(muhadarah ammah) dan selepas itu beliau sibuk.Tetapi nak ambil banyak seperti yang diambil oleh anak muridnya sudah tidak dapat.Hanya boleh dapat dari anak muridnya.
Datang zaman kebelakangan ini dah lain dah,ada yang bukan anak murid Syeikh Ali Jumaah,ada yang mengaku anak murid Syeikh Ali Jumaah dan mengguna nama Syeikh Ali Jumaah.

Dan yang lebih teruk didalam majlis menghentam Syeikh Ali Jumaah.Sehingga Syeikh Ali Jumaah menjadi tujuan untuk mengangkat diri dan tujuan untuk dihentam.

Kebelakangan ni ada yang mengatakan Al-Azhar ini lebih luas dari Syeikh Ali Jumaah,betul tetapi madrasah yang betul-betul memahamkan para pelajar dengann Manhaj Al Azhar,yang khidmat betul-betul dengan pembawakan Al Azhar secara serius adalah Syeikh Ali Jumaah,perkara itu kita tak dapat nafi.

Generasi yang sebelum daripada zaman Syeikh Ali Jumaah yang duduk di masjid azhar adalah generasi yang balik tidak membawa Manhaj Al Azhar dan mereka juga tidak mengetahui apa itu manhaj al Azhar, yang banyak menulis kembali tentang manhaj Al Azhar ialah Syeikh Ali Jumaah,Syeikh Usamah Sayyid Mahmoud yang menulis tentang Manhaj Al Azhary(Kitab Ihya Al Kabir).

Madrasah lain juga tidak dinafikan tetapi yang serius menghidupkan manhaj azhari ialah madrasah Syeikh Ali Jumaah,(perkara ini kita tak dapat nafikan,kerana kalau kita nafikan perkara ini umpama orang buta yang menafikan matahari dalam siang.

Sikap orang yang ditarbiah dibawah madrasah Syeikh Ali Jumaah juga  dari sudut sikap dan pendekatan Manhaj Al Azhar kepada ummat berbanding dengan madrasah lain sangat berbeza.Akhlak dan cara perlihat ilmu sangat berbeza.Sangat berbeza kalau kita tengok orang yang ditarbiah dibawah madrasah Syeikh Ali Jumaah.Perkara ini bukan tujuan untuk mengkongkong tetapi supaya kita tau cara untuk hidup di mesir


Kita sekarang dah berada di tempatnya.Cuma sekarang ada makanan yang sesuai untuk kita ambil,ada juga makanan yang kalau kita ambil menyebabkan rosak badan kita tetapi ia juga adalah satu hidangan makanan.Ada yang mula dengan pencuci mulut dahulu,ada yang mula dengan makanan berat…macamtu juga di Al Azhar sekarang,terlalu banyak hidangan.

Zaman dahulu hanya ada satu hidangan iaitu Syeikh Ali Jumaah dan hidangan itu betul-betul manfaat.Disediakan hidangan yang betul-betul diperlukan oleh tubuh,tetapi zaman sekarang ada macam-macam seperti Maggie,nasi juga ada tetapi bukan ‘chef’ yang dahulu,zaman sekarang ada macam-macam ,dan ada juga yang bukan makanan tetapi  orang ingat makanan seperti ship-ship(selipar),dan yang lebih kasihan apabila orang tegur kata itu bukan makanan malah dia memarahi kepada penegur tersebut.Dia juga ingat itu yang paling bermanfaat untuk badan.Ada banyak makanan  lain tetapi dia tetap memelihi yang itu.

Yang bahaya ialah apabila makan racun.Ada yang nampak macam kek tetapi didalamnya ada racun.Bila ada campuran tersebut maka kesannya kepada ummat(orang yang dijemput didalam majlis tersebut).Apabila disediakan makanan ni, yang menjadi juru  tunjuk makanan mana yang sesuai dan tak sesuai,,makanan mana yang perlu dibuang kedalam tong sampan dan ini yang sekarang menjadi isu di mesir.Ini yang patut kita faham betul-betul.Kalau faham ini inshaAllah akan selamat dok di Mesir.


Sebab kebelakangan ni banyak orang yang kalut yang belum tiba masanya tetapi dah duduk di  depan masyarakat.Dan yang lebih bahaya apabila berada di bidang ilmu yang negerinya banyak ulama.Yang lebih bahaya kita ingat orang itu alim tetapi hakikatnya dia tidak ada apa pon sebenarnya,maka pada waktu tu apabila kita datang kita akan jadi terfitnah.Sebab itu kita kena ada panduan untuk memilih.Kita apabila mengaji dengan seseorang guru itu bukan kita mengaji kitab sahaja(dhabit dan masail),tetapi kita akan tengok bagaimana seseorang guru itu bermuamalaah dengan
kitab,bermuamalah dengan ulama terdahulu,bermuamalah dengan orang yang lebih tua,didalam majlis itu dia akan menyebut pandangannya.

Tidak ada guru yang mengajar tidak menaqalkan apa yang didalamnya kerana dia juga manusia.Ada sebahagian murid yang tidak dapat timbang sama ada ini dari emosi guru atau lubuk hatinya untuk nasihat.

Kalau kita nak tengok seseorang kena tengok lama mana dia suhbah dengan gurunya,ada yang baru umur dua puluh lebih tetapi menghentam ulama yang umur enam puluh,tujun puluh.Dan ada juga yang membawa ajaran yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah.

والله أعلم.......




Sabtu, 11 Mei 2019

Minta doa dari semua,inshaAllah susunan alfager yang pertama akan dikeluarkan tak lama lagi.Kitab ini merupakan hasil syarahan Guru Mulia kami Al Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir Al Azhary ketika daurah Manzumah Kharidah Bahiyah di ruwaq jawi dalam lebih kurang sebelas majlis.Kitab ini antara kitab yang menjadi pembuka jalan bagi penuntut untuk mendalami ilmu tauhid Ahli Sunnah Al Asyairah WalMaturidiah,dan walaupon kitab ini kecil pada bentuknya tetapi ia sangat besar pada manfaatnya.