Sedikit nasihat Al Fadhil Al-Ustaz Muhammad Nazrul Bin Abdul Nasir Al Azhary(SYEIKHUL RUWAQ AL JAWIY) kepada kami sewaktu awal-awal tiba di bumi kaherah.
TEMPAT-Kediaman beliau di Hayyu Asyir,Kota Kaherah Mesir.
TARIKH ZIARAH DAN DITULIS KALAM INI-11.5.2018(Jam:5.00pm di Asrama DarulAman 3 Hayyu Sabik,Kota Kaherah Mesir)
Kita sepatutnya perlu mengambil peluang betul-betul mengaji di Mesir,kita juga kena fikir apa yang akan dibawa balik nanti ke bumi Malaysia.Kita jangan balik ke Malaysia dalam keadaan kita awal-awal sampai ke bumi Mesir.Jangan bawa balik kelemahan sewaktu kita awal-awal sampai ke mesir.Kena banyak buat kerja dan tampung kelemahan kita.
Selepas itu berapa tahun kita nak tinggal disini,kalau empat tahun sahaja kena usaha lebih dari orang lain(bukan bermakna yang nak duduk lama boleh relaks),kena ambil peluang tuntut ilmu betul-betul.
Antara nasihat penting,
1)kena bijak pilih kawan,kalau silap pilih kawan kita akan terabai,banyak disini jenis ikut kawan,kalau kawan tak pi ngaji dia pon xpi ngaji.
2)Bahasa Arab,kena duduk dengan orang arab,bila keluar jumpa arab kena banyakkan cakap arab,vocab kena banyak contohnya kalau pi kedai sayur tanya arab tersebut tu sayur apa dan tulis,kena praktik dan catat dirumah,kalau ada seorang dalam kumpulan buat kamus sendiri dan lukis gambar serta letak nama gambar tersebut lebih baik.
Kita juga jangan malu nak cakap arab dengan kawan-kawan,banyak orang kita tak berjaya cakap arab dengan kawan-kawan sebab malu,cakap saja walaupun salah dari segi nahu.
Bahasa arab ada dua:-
1-komunikasi-diperolehi melalui rajin bercakap
2-bahasa ilmu(bahasa arab tinggi)-hanya diperolehi dalam kelas daripada sekecil-kecil kitab sehingga sebesar-besar kitab.
Kita perlu mewajibkan diri kita menghadiri ke kelas talaqqi walaupun paling kurang sehari sekali yang sesuai dengan mustawa kita,(sekarang kebanyakkan kelas ada yang memaparkan sama ada untuk mubtadi,mutawassit,muntahi)kita pilih yang mana sesuai dengan kita.
.Dan selepas itu kena istiqamah dan yang paling penting dalam pengajian ialah ‘murajaah’,selepas balik dari kelas. Baca berkali-kali.Masalah pelajar sekarang apabila pergi ke kelas bila dah balik tidak baca,tunggu kelas yang lain pula.
Sebenarnya kalau seseorang tu sehari mengaji satu helai dengan mana-mana guru lalu di baca balik satu helai tu berkali-kali lebih baik daripada dia hadir banyak kelas tetapi tidak murajaah kembali pengajian-pengajian tersebut.
Ada sebahagian maktabah di mesir ni kitabnya kita tidak perlu beli seperti Darul Hadis,Maktabah Taufiqiyah,Darul Fiqh dan Darul Kutub Ilmiyah kecuali tidak ada maktabah lain yang mencetak kecuali maktabah tersebut.
Tetapi sebaiknya tidak perlu membeli kitab di maktabah tersebut kerana banyak yang’ jatuh’ ,tetapi kalau tujuan untuk mengaji boleh kerana kita boleh semak bahagian mana yang ‘jatuh’
.Tetapi kalau nak mula beli kitab seeloknya belilah kitab yang elok terus.Kalau dah beli tak apa,boleh guna untuk mengaji(boleh semak yang mana salah).
Selepas tu guru-guru yang kita nak mengaji kena rujuk dulu dengan asatizah,adakah sesuai untuk kita.Banyak induvidu muda yang mengajar sekarang juga terlalu cepat mengkritik para masyaikh maka sifat itu turun kepada anak murid.
Seeloknya kalau nak cari masyaikh arab cari yang tua terlebih dahulu,kalau yang terlalu muda rujuk asatizah terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan,supaya tidak terjadi kehadapan nanti ‘’kita ingat kita orang mengaji’’ tetapi hakikatnya kita tak mengaji apa pon.
Sekarang ni jadi isu banyak yang menghentam para masyaikh dan yang selalu mudah tertipu ialah orang melayu.Banyak individu sekarang yang tawarkan diri untuk mengajar walaupon tidak mendapat bayaran kerana yang penting untuk mendapat’ nama'.
Kebanyakkan orang mesir sekarang berlumba dalam hidup mereka,mereka berlumba untuk hidup.Orang arab ni otaknya laju,kalau dalam peperiksaan dapat jayyid jiddan memang bagi mereka teruk,mereka biasannya dapat mumtaz.Kita jangan tertipu dengan mumtaz tersebut.
Dan yang paling penting kita jangan tertipu dengan zahir seseorang tersebut.Sebahagian pelajar kita dah terkena dengan perkara tersebut.Perkara ni menyebabkan kita membuang masa.
Anak murid Syeikh Ali Jumaah juga ada sebahagian yang mengajar,ada yang sibuk dengan urusan kerja(kerja dalam bahagian agama seperti majlis fatwa)sehingga tidak sempat membuat kelas.Ada yang banyak buat kelas seperti Syeikh Sayyid Bin Syaltut.(Bahasa Syeikh Sayyid juga bahasa Fushah).Ada juga sebahagian Masyaikh sekarang sudah tidak mengajar.
Zaman dulu di Masjid Azhar penuh dengan kelas madrasah Syeikh Ali Jumaah.Syeikh Ali Jumaah dulu sempat mengajar sikit(muhadarah ammah) dan selepas itu beliau sibuk.Tetapi nak ambil banyak seperti yang diambil oleh anak muridnya sudah tidak dapat.Hanya boleh dapat dari anak muridnya.
Datang zaman kebelakangan ini dah lain dah,ada yang bukan anak murid Syeikh Ali Jumaah,ada yang mengaku anak murid Syeikh Ali Jumaah dan mengguna nama Syeikh Ali Jumaah.
Dan yang lebih teruk didalam majlis menghentam Syeikh Ali Jumaah.Sehingga Syeikh Ali Jumaah menjadi tujuan untuk mengangkat diri dan tujuan untuk dihentam.
Kebelakangan ni ada yang mengatakan Al-Azhar ini lebih luas dari Syeikh Ali Jumaah,betul tetapi madrasah yang betul-betul memahamkan para pelajar dengann Manhaj Al Azhar,yang khidmat betul-betul dengan pembawakan Al Azhar secara serius adalah Syeikh Ali Jumaah,perkara itu kita tak dapat nafi.
Generasi yang sebelum daripada zaman Syeikh Ali Jumaah yang duduk di masjid azhar adalah generasi yang balik tidak membawa Manhaj Al Azhar dan mereka juga tidak mengetahui apa itu manhaj al Azhar, yang banyak menulis kembali tentang manhaj Al Azhar ialah Syeikh Ali Jumaah,Syeikh Usamah Sayyid Mahmoud yang menulis tentang Manhaj Al Azhary(Kitab Ihya Al Kabir).
Madrasah lain juga tidak dinafikan tetapi yang serius menghidupkan manhaj azhari ialah madrasah Syeikh Ali Jumaah,(perkara ini kita tak dapat nafikan,kerana kalau kita nafikan perkara ini umpama orang buta yang menafikan matahari dalam siang.
Sikap orang yang ditarbiah dibawah madrasah Syeikh Ali Jumaah juga dari sudut sikap dan pendekatan Manhaj Al Azhar kepada ummat berbanding dengan madrasah lain sangat berbeza.Akhlak dan cara perlihat ilmu sangat berbeza.Sangat berbeza kalau kita tengok orang yang ditarbiah dibawah madrasah Syeikh Ali Jumaah.Perkara ini bukan tujuan untuk mengkongkong tetapi supaya kita tau cara untuk hidup di mesir
Kita sekarang dah berada di tempatnya.Cuma sekarang ada makanan yang sesuai untuk kita ambil,ada juga makanan yang kalau kita ambil menyebabkan rosak badan kita tetapi ia juga adalah satu hidangan makanan.Ada yang mula dengan pencuci mulut dahulu,ada yang mula dengan makanan berat…macamtu juga di Al Azhar sekarang,terlalu banyak hidangan.
Zaman dahulu hanya ada satu hidangan iaitu Syeikh Ali Jumaah dan hidangan itu betul-betul manfaat.Disediakan hidangan yang betul-betul diperlukan oleh tubuh,tetapi zaman sekarang ada macam-macam seperti Maggie,nasi juga ada tetapi bukan ‘chef’ yang dahulu,zaman sekarang ada macam-macam ,dan ada juga yang bukan makanan tetapi orang ingat makanan seperti ship-ship(selipar),dan yang lebih kasihan apabila orang tegur kata itu bukan makanan malah dia memarahi kepada penegur tersebut.Dia juga ingat itu yang paling bermanfaat untuk badan.Ada banyak makanan lain tetapi dia tetap memelihi yang itu.
Yang bahaya ialah apabila makan racun.Ada yang nampak macam kek tetapi didalamnya ada racun.Bila ada campuran tersebut maka kesannya kepada ummat(orang yang dijemput didalam majlis tersebut).Apabila disediakan makanan ni, yang menjadi juru tunjuk makanan mana yang sesuai dan tak sesuai,,makanan mana yang perlu dibuang kedalam tong sampan dan ini yang sekarang menjadi isu di mesir.Ini yang patut kita faham betul-betul.Kalau faham ini inshaAllah akan selamat dok di Mesir.
Sebab kebelakangan ni banyak orang yang kalut yang belum tiba masanya tetapi dah duduk di depan masyarakat.Dan yang lebih bahaya apabila berada di bidang ilmu yang negerinya banyak ulama.Yang lebih bahaya kita ingat orang itu alim tetapi hakikatnya dia tidak ada apa pon sebenarnya,maka pada waktu tu apabila kita datang kita akan jadi terfitnah.Sebab itu kita kena ada panduan untuk memilih.Kita apabila mengaji dengan seseorang guru itu bukan kita mengaji kitab sahaja(dhabit dan masail),tetapi kita akan tengok bagaimana seseorang guru itu bermuamalaah dengan
kitab,bermuamalah dengan ulama terdahulu,bermuamalah dengan orang yang lebih tua,didalam majlis itu dia akan menyebut pandangannya.
Tidak ada guru yang mengajar tidak menaqalkan apa yang didalamnya kerana dia juga manusia.Ada sebahagian murid yang tidak dapat timbang sama ada ini dari emosi guru atau lubuk hatinya untuk nasihat.
Kalau kita nak tengok seseorang kena tengok lama mana dia suhbah dengan gurunya,ada yang baru umur dua puluh lebih tetapi menghentam ulama yang umur enam puluh,tujun puluh.Dan ada juga yang membawa ajaran yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah.
والله أعلم.......